KES MUSA AMAN ; APA CERITA 40 JUTA?



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday August 09/2016

RM40 juta bukan sedikit dan hingga sekarang tidak diperkatakan apa kesudahannya.

Saya sekadar bertanya dan pertanyaan harus mendapat jawaban bukan mendiamkan diri seolah mahu melupakan kasus berkenaan.

Wang itu kata orang memang wang seludupan melalui Hong Kong dan pernah diuar-uarkan dan kelihatannya kasus berkenaan semacam disimpan di kebun binatang agar rakyat melupakan perlahan-lahan sambil sang binatang kekenyangan.

Saya mendapat sumber wang peribadi itu konon dikatakan/diubah status menjadi wang parti setelah penguam negara kedua negara telah sama sepakat/runding sama untuk bersetuju mengatakan demikian.

Soal lain, jika itu benar kenapa wang peribadi menjadi wang parti dan dari mana saja wang berkenaan didapatkan sumbernya?
Atau mungkin dana dari pembalakan haram yang dilakukan di sabah hingga hutan rimba mereka botakkan menjadi padang jarak pada tekukur atau ada cara lain?

Atau barangkali derma dari arab tua yang berjubah sudah lama disemadikan/mati atau ada sumber lain yang kita tidak tahu? Musa Aman kena jelaskan.

RM40 juta bukan sedikit tetapi RM2.6 bilion lagi banyak dan ini harus dikaji dan kalau didiamkan nanti perubahan kerajaan kita akan kaji dan siasat hantar mereka ke penjara dan inilah yang menghantui diri pemimpin korup bila kalah dimusim election mendatang.

Makanya saya mahu rakyat Sabah bangun bangkit dan bersama  Datuk Seri Shafie Apdal-DSSA/ DSP Lajim Hj Ukin  dan DT Wilfred Bumburing  bangun runtuhkan kerajaan BN di Sabah dan Malaysia sekaligus untuk mencipta Sabah Baru yang lebih gemilang terbilang bukan tembirang dan tidak klentong.

Sabah for Sabahan 
Sabah Berubah
Reformasi
demi rakyat
demi bangsa

No comments:

Post a Comment