OLEH: SORAYA KIGIS
Rabu Ogos 31/2016
1.HARI yang amat mengelirukan
ada yang tidak faham apa sebenarnya dirayakan oleh rakyat terutama Sarawak pada
hari ini.
Apa yang kita dihidangkan sambutan hari kebangsaan negara tetapi Malaysia ujud pada 16 September 1963.
Apa yang kita dihidangkan sambutan hari kebangsaan negara tetapi Malaysia ujud pada 16 September 1963.
2.Kini kita berada di Kota Marudu dan tahun
lepas di Kundasang untuk menyambut kemerdekaan Sabah yang jatuh pada 31 Ogos
1963,apa kesilapannya rakyat Sabah merayakan hari kebebasan mereka dari
penjajahan British pada tarikh ini yang ke 53 tahun. Adalah paling malang dan
menyedihkan hati sebilangan penduduk negeri ini,larangan dan tidak diikitraf
oleh kerajaan malahan permit untuk berhimpun mengingati masa lampau dan
menghormati jasa jasa pemimpin yang terdahulu yang berkorban demi negeri Sabah
tidak dilayan.....
3.Kalau hanya semangat
tanpa kita melihat ke hadapan dan merenungi kembali kesilapan yang lampau
tidaklah membawa makna pada solidiriti kita tunjukan pada hari ini kalau hanya
pentas untuk menanam populariti dan mencari pengaruh demi keuntungan untuk
kumpulan dan diri sendiri.
4.Pemimpin pemimpin
pejuang rakyat Sabah sudah dianggap matang setelah menjangkau kemerdekaan ke 53
tahun dan mengalamai empat pertukaran kerajaan negeri dan kebanyakan mereka
masih dalam sap sap parti pembangkang hari ini, terus berjuang walau beberapa
kali masuk bertarung tetapi tewas di tangan parti yang berasal dari luar.
5.Apakah ranjau
sepanjang jalan ini tidak cukup menginsafi diri mereka mencari satu jalan yang
tanpa onak dan duri agar harapan rakyat yang dahagakan kebebasan dari
neo-penjajahan spritual dan mental terbebas untuk menikmati erti kemerdekaan
yang hakiki.
6.Simpatilah pada rakyat
yang berharap pada pemimpin,gandinglah tangan dan letaklah mereka ke tempat
yang selayaknya. Pada masa yang sama pemimpin juga perlu mengoreksi diri di
antara mereka dan mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mencapai matlamat
yang diharapkan oleh rakyat.
7.Rentasi halangan
agama,bangsa,suku,budaya dan kepentingan untuk memecahkan blok penyatuan
pemimpin dan parti tempatan untuk berhadapan dengan parti gergasi yang jauh
lebih sempurna dan kuat dari kita tapi yakinlah semangat yang kekar dengan
kepimpinan yang berkesan InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada kita.
MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA
No comments:
Post a Comment