OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Monday August 15/2016
TANJUNG
PAPAT:- Sebahagian penduduk Kampung Sim-Sim mendapat pembelaan dari beberapa aspek
daripada parti DAP Kawasan Tanjung Papat.
Kelmarin Timbalan Setiausaha DAP Sabah
yang juga selaku Ketua CLC DAP Tanjung Papat Frankie Poon telah memberi
sumbangan eshan kelengkapan pembinaan
rumah baru kepunyaan Osman Jouni di
jambatan 22 kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim dekat sini.
Bantuan
tersebut bertujuan untuk membantu Osman yang kurang berkemanpuan untuk mendirikan rumah baru kerana kos
kelengkapan sekarang harganya terlalu tinggi.
Sejajar
dengan perjuangan DAP yang berkonsepkan parti berbilang kaum wajar menyalurkan apa saja bentuk bantuan
kepada penduduk setempat jika diperlukan.
Sementara
Biro Hal Bumiutera DAP Sandakan Basit Hj NC Osman menyelar terdapat
beberapa orang di kalangan masyarakat Islam yang sentiasa memberi gambaran negative dan tomohan dilemparkan kepada para pemimpin
DAP kononnya DAP adalah parti anti Islam.
“Sebebenarnya
tuduhan melulu itu yang disengajakan untuk memburuk-burukkan untuk menjatuhkan reputasi perjuangan DAP yang
sebenar.
“ Saya
tidak nampak pemimpin DAP anti Islam malahan sebahagian Umat Islam di Sandakan mereka rasa bersyukur dan
berterima kasih terutama kepada Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang terlalu banyak memberi pelbagai
bantuan kepada masyarajat Islam yang serba daif” katanya.
No comments:
Post a Comment