Anak tempatan jadi pelarian ditempat sendiri ini adalah kerja para pemimpin UMNO/BN yang rakus
OLEH: THOMAS SINGGIUK (IBU PEJABAT)
www//sabahinsider14.blogspot.com
Monday August 08/2016
)
KEMANA perginya semua wakil rakyat kami yang langsung tidak bersuara apabila tanah adat kami diambil oleh sebuah syarikat pemaju sedangkan ini adalah tanah adat yang tidak boleh sama sekali diambil oleh sesiapa.
"Masa pilihan raya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) cari kami supaya sokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi bila kami dalam kesusahan, tak ada seorang pun yang datang menjenguk, jauh sekali untuk membantu,”.
Itulah keluhan seorang penduduk di Ranau, Ruth Allez yang mengirim berita dan gambar kepada MalaysiaGazette supaya menyiarkan masalah yang mereka terpaksa tanggung sendirian.
Menamakan ADUN Paginatan, Datuk Ewon Ebin; ADUN Kundasang, Datuk Joachim Gunsalam dan ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun sebagai orang yang sepatutnya membantu mereka, Ruth berkata, semua pemimpin BN ini hanya pandai menabur janji manis.
Dakwanya, masalah rampasan tanah adat sedang berlaku di tiga buah kampung di daerah Ranau iaitu di Kampung Malinsau, Kampung Wayan dan Kampung Sinurai yang dilakukan oleh mantan wakil rakyat yang mewakili kerajaan negeri.
"Kami sudah putus asa untuk meminta bantuan pemimpin di sini tetapi kami nekad akan teruskan perjuangan untuk memastikan tanah adat yang kami warisi ini tidak akan dirampas oleh mana-mana pihak.
"Kami lahir di sini kemudian buka hutan dan teruskan kehidupan di kawasan ini. Jadi biarlah kami hidup dan kita mati di sini kerana keturunan kami telah berada di tanah adat ini sejak 13 generasi lalu," katanya.
Sementara itu, rakannya, Galus Ahtoi berkata, di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 telah memperuntukan Tanah Orang Asal yang dinamakan Tanah Adat walaupun tiada geran.
"Sebenarnya walaupun Tanah Adat ini tidak mempunyai geran tetapi ia lebih kuat daripada tanah yang mempunyai geran.
"Tanah Adat di Negeri Sabah tidak bergantung kepada undang-undang bertulis tetapi amalan Orang Asal yang diamalkan sejak datuk moyang mereka.
"Kami akan gunakan adat tempatan untuk pergi ke mahkamah kerana jika tanah adat diceroboh atau sudah dikeluarkan geran kepada mana-mana pihak, geran itu boleh dibatalkan dan keputusan ini terkandung di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.
Jelas Galus, biar terpaksa bergadai nyawa, dia dan penduduk kampung akan terus mempertahankan Tanah Adat mereka daripada dimusnahkan.
"Tanah Adat ini adalah nyawa kami dan matlamat kami hanyalah satu iaitu lawan demi hak nenek moyang kami.
"Sekarang ini, syarikat yang mendapat tanah adat ini tanpa belas terus memusnahkan ladang getah milik penduduk dan masih ramai yang sedang berusaha menghalang tanaman mereka dimusnahkan.
"Apa yang kami minta sekarang adalah pihak terbabit menghentikan pemusnahan dan jangan masuk dulu ke kampung kami sementara masalah ini diselesaikan di mahkamah," katanya.
Kata pebnduduk kampung itu jika mereka enggan berganjak dari itu tersebut syarikat pemilik tanah itu akan memerintahkan kepada polis untuk menembak satu-persatu penduduk biar mati semua polis ada kuasa tembak siapa saja yang engkar siapa berani ambil tindakan dengan pihak polis sebab polis pegang undang-undang.
No comments:
Post a Comment