PENGGUNA MULA RESAH DAN GELISA TIADA BEKALAN GULA DI PASARAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday August 23/2016

SANDAKAN;- Para pengguna mulai rasa gelisa bila mana bekalan gula pasir berkurangan sukar untuk dapat bekalan gula sama ada di kedai-kedai runcit atau gedung pusat membeli-belah di sekitar daerah ini.

Pengguna telah menyedari bilamana  dekat hari raya puasa atau hari raya adiladha  disinilah mulah sesetengah para peniaga mula menyerok bekalan gula dengan alasan tiada gula sampai dari pembekal utama.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai kenapa di Sabah sering kekurangan bekalan gula  kerana  pembekalan utama gula telah memasarkan gula dijual di Negara jiran iaitu Filipana dengan harga borong 1.kg RM3.50.00

Begitu juga kes tong gas  kenapa di Sabah sekarang  terlalu sukar mendapatkan tong gas dikedai-kedai berkenaan.

Dapur gas melambak dijual di supermarket dan di kedai-kedai runcit  dengan harga RM35.00 hingga RM200.00 mengikut  trade mark brand.

Tetapi  bila hendak membeli tong gas memang amat sukar diperoleh sebabnya agen menjual tong gas juga telah  menjual tong-tong  gas berkenaan  melalui perniaga barter trade ke Negara Filipina dengan harga antara RM350.00 hingga RM400.00 satu tong.

Jadi para pengguna tidak perlu hairan kenapa di Sabah sering kekurangan bekalan gula (shortage  supply)    ini gara-gara   taktik  para agen yang menyorok gula dan tong gas ke Filipina



No comments:

Post a Comment