OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Tuesday
August 09/2016
SUBUH tadi ada yang telefon saya
kononnya dia sendiri tidak begitu suka bila ada yang bicara mahu jadi calon.
Sebenarnya saya sendiri lagi muak dan
bila bincang rasa buang masa sebab itu bukan urusan saya/kita.
Dalam parti memang keinginan itu ada
tetapi janganlah melampau dan lihat dulu kemampuan diri. Cermin wajah meski
keinginan itu setinggi Gunung Kinabalu.
Pertama yang diperhatikan apakah diri
tidak bersikap cari musuh, baik hati, ada akademik dan berhujah bagaimana serta
popularkah di kalangan kawan-kawan dan ramaikah pengikut dan paling penting ada
POLOS.
Sekarang ini ke mana saja kita pergi
mesti ada POLOS dan makan kedai mamak siapa bayar? atau asyik minta belanja
atau barangkali merukut-rukut. Malu bha!
Itu satu hal dan kalau menang tergadai
harta atau berhenti meninggalkan jawatan tidak mengapa sudah bergelar YB tetapi
kalau kalah, sudah adakah persiapan diri?
Ramai yang letak jawatan dan kemudian
tidak dipilih jadi calon dan bukankah merana dan susahlah anak bini jadinya.
Ini kena fikirkan.
Mahu jadi calon ini bukan semudah cari
bini, malah cari bini juga kena ada polos dan perlu berkaya ada kereta dan
tidaklah naik bas mini macam saya. Nakal!
Saya kekadang hairan ramai yang telefon
dan minta saya rekomendasikan mereka jadi calon dan kebetulan saya pengawai
perhubungan DSP Lajim DSPL dan PDKSSA
tetapi saya senyum saja kesan ada kemaruk jadi calon.
Saya ketawa sendiri dan saya sendiri
palis-palis tidak akan mahu meski ditawar sebab tanggungjawab itu berat sangat
dan itu saya katakan saya bukan politikus sebalik hanya suka menulis alias
aktivis penulisan yang lebih kepada mendidik dan memberikan pengajaran
berdasarkan kemampuan yang punya sedikit ilmu. Ini lebih baik kurang musuh.
Yang ada dalam kepala saya hanyalah
saya mahu DSSA/DSPL/DTWB dan DAP bersatu dan biarlah mereka tentukan siapa
layak jadi calon nanti, yang di bawah ini kena kerja keras.
kerja keras
kerja keras
kurang cakap
bergerak
cari ahli sebanyak mungkin
bangkit
bangkit
kerja keras
kurang cakap
bergerak
cari ahli sebanyak mungkin
bangkit
bangkit
Dalam kepala saya BN mesti dilawan satu
sama satu dan BN mesti TAPUNGKANG dan soal siapa CM atau apa jawatan biarlah
yang menang tentukan dan itu bukan urusan kita.
BN mesti tumbang
Sabah Berubah
Reform
Sabah Berubah
Reform
No comments:
Post a Comment