KERAJAAN UMNO/BN ZALIM PERTAHANKAN HAK TANAH ADAT KENA PENJARA DUA TAHUN



OLEH: E SORAYA EGG
Tuesday August 09/2016

LANTIR Bakayas adalah lambang penderitaan rakyat di pendalaman amnya di Sabah, di negeri ini bergelut dengan birokrasi tanah sehingga membawa dirinya ke penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Keningau kerana didakwa dengan sengaja menghalang Pegawai Perhutanan melaksanakan tugas kawasan Hutan Simpan Batu Punggul di Kg. Tataluan pada 16 Mei 2013.

Lantir Bakayas tidak sekalipun terfikir untuk memiliki tanah seluas itu apa lagi menumbang balak untuk menambah khazanah hartanya tapi hanya sekadar mempertahankan adat budaya mereka sebagai orang pendalaman telah sekian lama menjalankan aktiviti menanam dan memburu bintang liar sumber rezeki penduduk di kawasan itu sejak moyang mereka pada ratusan tahun yang lampau sebelum pun kawasan itu diwartakan hutan simpan.

Dia tiada pilihan selain berserah menerima hukuman itu kerana tak ada daya upaya kerana dia bukan orang berada tidak dapat menegakkan kebenaran kerana dia hanya seorang insan biasa tidak memiliki harta yang berkoyan.

Dengan berat hati meninggalkan keluarganya yang semata mengharap kasih kepadanya dan tidaklah dapat dinukilkan dengan bait bait perkataan derita keluarganya sepeninggalannya untuk menebus dosa dosanya di sebalik tirai besi.

Kini uncle Lantir Bakayas berada diluar kamar besi setelah menjadi tetamu di sana selama 63,072,000 saat dan setiap detik sepanjang keberadaan di sana bersama karib senasib menguatkan azam mereka untuk membenci pemimpin dan kerajaan zalim,alasannya mereka merompak hak rakyat dengan rakus dan alpa tak tahu berapa nilainya mungkin juta...ratus juta..jutaaaa berbanding dengan kesalahannya mereka menikmati hidup dan tinggal di mahligai istana dikelilingi sanak saudara hasil rompakan dari hak rakyat yang tidak sepatutnya mereka miliki.

Uncle Lantir Bakayas kata dia tak terdaya membendung kezaliman ini kerana dia bukan siapapun tapi hanya peserah kepada Tuhan.Tuhan tidak pernah tidur dan lalai menilai dosa mereka terhadap perbuatan mereka yang mengabil yang bukan hak mereka.

Katanya lagi,Mungkin Tuhan Allah mendengar doanya sepanjang meringkuk dipenjara mengharapkan ada perubahan politik negara yang diterajui oleh pemimpin yang ikhlas memperjuangkan penderitaan rakyat.....


No comments:

Post a Comment