MERDEKA BEBAS BERCAKAP BEBAS BERSUARA BARU NAMANYA MERDEKA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday August 29/2016

MERDEKA itu maknanya bebas. Bebas melakukan apa saja dan bebas bergerak atau bebas bersuara tetapi ada had-hadnya yang harus dipatuhi demi keselamatansemua.
Apa makna bebas kala bercakap benar disekat dan dikatakan salah ikut akta yang dicipta?
Apa maksudnya bebas bila semua orang hidup dalam ketakutan bagai hidup dalam penjara pagarnya besi?
Apa maknanya merdeka, kalau wilayah kita kaya sedang rakyat susah hidup miskin ada papa dan orang lain sesuka hatinya mengaut segala hasil yang Allah tentukan untuk kita semua di Sabah ini?
Katanya ramai orang, Malaysia ini bebas bersuara dan bebas bercakap tetapi ada saja akta demi akta dicipta untuk melarang rakyat atau sesiapa saja bercakap benar dan mereka yang berani maka siap dipecat, digantung dan kekadang diheret ke mahkamah sabit kesalahan siap diam dalam penjara.
Apa namanya bebas kalau mencuri ayam dipenjara dua tahun sedang yang curi berjuta setahun dan bebas penjaranya di rumah setelah 6 bulan. Inikah keadilan di negara yang bebas dan merdeka?
Kemerdekaan itu katanya George Washington ialah bila dimulai berakar dan kemudian cepat tubuhnya tetapi saya tertarik katanya Adlai Stevenson bahawa orang yang lapar bukanlah orang yang merdeka.
Tafsiran merdeka sekadar bebas dari penjajah sambil setiap tahun kita laungkan kata merdeka itu jelasnya salah sebalik merdeka itu membawa makna yang luas dan harus difahami secara melebar.
Barangkali kalangan kita punya tafsiran yang berbeda dan mari kita bincang sama.
Salam merdeka!


No comments:

Post a Comment