MPS LANTIK KAUNSELOR ORANG YANG BERPENDIDIKAN-BERKALIBER DAN BERPENGALAMAN

CORETAN KHAS: HAJI MONTOI SAHIH
www///sabahinsider14.blogspot.com
Monday August  08/2016


PALING LAYAK......Datuk Zaki memang kayak dilantik sebagai Kaunsellor MPS


 
SALAM  muhibbah kepada para pembaca yang berwawasan dan yang berpandangan jauh terutama para pembaca dari Daerah Sandakan. Apa yang saya tulis ini mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak kerana ianya seakan-akan mempersoalankan kewibawan mereka sebagai pemimpin yang telah diundi oleh rakyat.

 Apa pun yang mereka fikirkan tidaklah menyebabkan saya menghentikan daripada mengutarakan buah fikiran saya dilaman fb ini untuk kebaikan Sandakan dan rakyat keseluruhannya terutama sekali anak negeri.
Para pembaca sekalian, apa yang saya tulis ini adalah kerana kepimpinan Kerajaan BN terutama sekali UMNO di Sandakan telah mempersia-siakan kebolehan anak-anak Sandakan untuk dimanafaatkan umpamanya perlantikan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)

UMNO khususnya melantik para pegawai partinya untuk jawatan ahli majlis perbandaran tanpa membuat perhitungan sama ada orang yang dilantik itu boleh atau tidak meneruskan perjuangan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan terutama sekali untuk kepentingan anak negeri.
Anak-anak Sandakan banyak yang boleh dilantik kejawatan sebagai ahli majlis perbandaran untuk memenuhi kehendak perjuangan kemerdekaan dan menisi kemerdekaan itu bagi Daerah Sandakan.

Mereka sangat layak ke jawatan itu untuk berdepan dengan ahli-ahli majlis perbandaran dari kaum China yang dilantik oleh Parti Gerakan dan MCA yang terdiri daripada Jurutera dan berbagai jenis kelayakan.

Anak-anak Sandakan seperti Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban Sandukong bekas seorang Pegawai Daerah, bekas Ahli Parlimen, bekas Senator dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,

Datuk Haji Majin Ajing bekas Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Harris Munjung Yahya bekas Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah,
Datuk Udin Dullah bekas Pengarah Protokol dan Pegawai Daerah, Datuk Haji Naim Ahmad bekas Setiausaha Permodalan Bumiputra dan kini Timbalan Pengerusi Amanah Saham Sabah
Datuk Hajah Noni Haji Said bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan Masyarakat,
Datuk S.Abdillah bin S.Hassan bekas Setiausaha Tetap Kemnterian Kewangan,
Datuk Dr.Zaki Gusmiah bekas Pegawai di Tadbir Jabatan Ketua Menteri dan bekas Pembantu Menteri,

Datuk Haji Zain Hj Said bekas CEO Keratapi Negeri Sabah,
Datuk Haji Abu Bakar M.Yahya bekas CEO SUDC Sdn Bhd,
Datuk Seri Panglima Haji Hasbullah Haji Taha bekas Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Yahya Haji Awang bekas Pegawai Pemetaan Hutan Sabah,
Tuan Haji Sabardin bin Zainuddin bekas Pegawai Pedidikan Daerah,
Datuk Awang Sham Amit bekas Pengerusi SEDCOVEST Sdn Bhd, Datuk Fendi Datuk Hamdan seorang usahawan Bumiputra yang berjaya,
Datuk Iliyas Ibrahim yang tinggal menetap di Sandakan bekas CP Sabah dan bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu.
Tuan Mashud bekas OCPD Sandakan juga tinggal menetap di Sandakan.
Tuan Haji Nunung Ajinullah lulusan Undang Undang dan bekas Pegawai Tadbir di Jabatan Ketua Menteri dan banyak lagi......

Sebaiknya UMNO dan BN menggunakan khidmat mereka ini untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan pentadbiran Daerah Sandakan juga pentingnya mereka ini boleh berhadapan dengan ahli-ahli majlis perbandaran yang dilantik oleh Gerakan dan MCA yang sangat tinggi pendidikan mereka.

Apakah pemimpin UMNO khuatir mereka ini akan rebut kedudukan mereka? Usah khuatir, rakyat ada kayu pengukur. Yang lebih baik akan jadi ketua dan yang lain nya akan membantu untuk melaksanakan dasar parti dan negara..

Dimasa lalu banyak kerosakan telah berlaku di Sandakan akibat ahli majlis perbandaran yang mengwakili anak negeri dan masyarakat Islam tidak berupaya mengutarakan pendapat mereka semasa berhadapan dengan ahli ahli majlis perbandaran dari kaum Cina.semasa mesyuarat majlis perbandaran.
Contoh Pertama:-
"pembinaan Tokong" dikawasan masyarakat Islam dan Bumiputra seperti pembinaan tokong di Batu Sapi yang berhadapan dengan rumah bekas ADUN Sukong almarhum Haji Piting Ali,

Contoh Kedua:-
Pembinaan dua buah tokong di Kg.Berhala Darat berhampiran dengan tanah perkuburan Islam dan sebuah surau. Tokong-tokong ini sangat hampir dengan rumah orang-orang Islam.

Contoh Ketiga:-
Selain pembinaan tokong ditempat yang salah, Kerajaan juga membuat kesilapan dengan membenarkan pembinaan tangki penyimpan minyak milik Petronas di antara kampung Bokara dan Kg.karamunting dan berhadapan dengan sebuah sekolah rendah kerajaan dan sebuah sekolah agama Islam.

Bayangkan kalau terjadi letupan dan kebakaran. Penduduk Bakara, Kg.Air dan Karamunting serta pelajar pelajar di dua buah sekolah itu akan jadi arang.
Contoh Keempat:-
Begitu juga kesilapan yang berlaku kerana membenarkan pembinaan kilang minyak dalam kawasan kampung di Karamunting. Perbuatan ini seperti membunuh orang Karamunting dengan cara perlahan kerana gas yang dikeluarkan daripada kilang minyak sawit itu tidak mengandungi "vitamin" tetapi gas yang beracun.

Contoh Kelima:-
Di Kg.Lupak Meluas dibina rumah PPR berhadapan dengan kilang baja dan kilang minyak sawit. Apa pendapat para pembaca sesuai kah itu? Baja adalahlah racun dan racun seharusnya jauh daripada tempat tinggal manusia begitu juga dengan kilang sawit seharusnya jauh dari penempatan manusia.

Contoh Keenam:-
Seperkara lagi ialah tanah perkuburan Islam. Jikalau kita lihat tanah perkuburan di Kg.Berhala Darat, Kg.Bakara dan Jalan Aman, tanah perkuburan ini sudah benar benar penuh. Tidak harus lagi ada jenazah di kuburkan di situ. Malangnya sejak dari Parti USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO yang memerintah , pemimpin yang berugama Islam tidak berupaya mencari sekeping tanah yang sesuai sebagai tanah perkuburan Islam untuk penduduk Islam di Sandakan.

Ada pun sekeping tanah perkuburan seluas 50 ekar di batu 12 saya katakan tidak sesuai sebagai tanah perkuburan untuk masyarakat Islam di Sandakan kerana sebahagian besar kawasan perkuburan itu adalah sebuah bukit batu pasir yang tinggi dan tanah yang rata itu adalah satu kawasan tanah yang ditimbus oleh MPS tetapi apabila musim hujan kubur akan tenggelam. Perkara itu menyebabkan masyarakat Islam tidak ingin keluarga mereka dikebumikan di tanah perkuburan itu.Mereka terpaksa mengkebumikan anak suadara mereka di tanah perkuburan yang sempit itu.

Contoh Ketujuh:-
Perkara yang sangat penting seperti "meggazette perkampungan Bumiputra" tidak dititik beratkan oleh Kerajaan .

Seharusnya Kampung Berhala Darat, Kg.Air, Kg.Bakara, Kg.Lupak Meluas, Kg.Sabah Baru, Kg.Batu Sapi, Kg.Gas, Kg.Tinusa, Kg.Sg.Kayu, Kg.Batu Puteh di gazette sebagai "Perkampungan Bumiutra" dan dikeluarkan "Community Grant" supaya kampung-kampung itu tidak dicerobohi oleh alien dimasa akan datang.

Struktur pelan pembangunan bandar dan wilayah harus menyatakan kawasan "Perkampungan Bumiputra" dengan jelas seperti dalam community grant dan pembinaan kilang tidak dibenarkan berhampiran dengan kampung.
Pembinaan jalanraya dan kemudahan asas sangat diperlukan di perkampungan Bumiputra dan penyusunan semula masyarakat anak negeri perlu digiatkan.

Kerja kerja ini hanya dapat dilaksanakan oleh mereka yang berpengalaman dan berkerjasama dengan semua lapisan pemimpin.

Saya sangat yakin sekiranya parti memerintah contohnya BN dan UMNO melantik ahli - ahli majlis perbandaran untuk mengwakili masyarakat Bumiputra dan Islam dimasa hadapan dari kalangan mereka yang berpengalaman  sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan, berpendidikan tinggi, sangat memahami selok belok pentadbiran negeri, tidak kurop dan berjiwa kebangsaan perkara seumpama itu itu tidak akan berlaku lagi dimasa hadapan dan semua kesalahan itu mungkin boleh diperbaiki dimasa hadapan untuk keselesaan anak negeri dan masyarakat Islam di Sandakan.

Saya berhenti di sini buat sementara waktu dan akan menulis semula dimasa hadapan. Mohon berbanyak maaf kepada yang tersinggong, tidak ada yang tersirat kecuali yang disurat ini.



No comments:

Post a Comment