OLEH: E SORAYA KIGIS
Wednesday August 10/2016
1.BENARKAH
Datuk Seri Shafie Apdal- DSSA sayang pada Agama,Bangsa dan Negara yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini setelah sedar parti itu bukan lagi seperti
dulu tetapi perjuangannya hanya menyelamatkan Najib barulah beliau meninggalkan
parti itu dengan berat hati kerana Shafie lebih mengutamakan intergriti dari
bersekongkol dengan pemimpin yang lemah iman dan bermoral.
2.Hampir
seluruh negara tahu faktor Shafie keluar dari UMNO bukan merajuk dilucut sebagai
ahli kabinet tetapi cuba menyelamatkan parti dari bergelumang persepsi negatif
di mata rakyat dan masyarakat antarabangsa, saman sivil DOJ yang melibatkan
beberapa individu termamsuk MO1 kerana dipercayai menyamun dari dana 1MDB ini
sudah membuktikan dakwanya betul dan kini sudah mendapat perhatian dunia bahawa
negara ini ada lah ibu segala rasuah.
3.Apalah
sangat dosa Shafie semasa bersama UMNO mendakwa parti itu menjadi
daging darahnya dan parti keramat berbanding PBS bersekongkol dengan Musa yang
pernah anti persekutuan dan pernah menikam belakang Barisan Nasional dan dosa
Najib dengan 1MDB.
4.Shafie
meninggalkan UMNO setelah digantung
keahliannya dari parti,kerana haknya dihalang untuk terus bersuara dan hak ahli
memilih beliau sebagai naib presiden diketepikan.
Setakat
ini jawatankuasa disiplin parti tidak pernah mengeluarkan keputusan perkara apa
yang dilanggar dalam perlembagaan parti hanya cuma diketahui ramai menegur
presiden berhubung 1MDB yang kesan negatif pada negara sudah mulai dirasai .
5.Jika
dipersoalkan pembangunan yang dibawa oleh Shafie adalah lebih baik jika dibandingkan Rahman
sehingga digelar menteri pengumuman kerana dimerata tempat mengumumkan projek
projek dibawa kementeriannya tapi sampai kini tidak ternampak hasilnya demikain
juga Anifah menteri luar tidak pernah membuat home work untuk rundingan dua
hala dengan Phlipine berhubung mengatasi penculikan diperairan Sabah melibatkan
isu isu antarabangsa tidak pernah tampil untuk memberi pandangan bernas untuk
kepentingan nasional.
6.Shafie
berkali kali menpis bahawa semangat
SABAH FOR SABAHAN jauh sekali negeri ini dipisahkan dari persekutuan tapi
beliau melihat dari segi positifnya hak Sabah perlu dituntut dan dikembalikan
tuntutan ini konsistan diperjuangakan olehnya tetapi melalui saluran rasmi
semasa dia dalam kerajaan.
Anifah
melalui MySabah satu kumpulan dianggotai oleh pemimpin pembangkang menuntut
secara terbuka RM100 billion cukai tidak dikembalikan oleh persekutuan kepada
negeri ini,tidak ditegur atau diambil tindakan kenapa?
7.Namunpun
Shafie digelar kapten tanpa kapal tetapi
dia tidak kesunyian terbukti setiap siri jelajahnya mendapat sambutan ribuan
rakyat yang sedang mencari kapal untuk menyelamatkan mereka dari kapal penuh
dengan kelasi yang rendah moralnya yang cuba membocorkan kapalnya sendiri yang
bakal karam dilanda tsunami.
8.Persekutuan
sudah mulai merasa bahang panasnya kesedaran rakyat Sabah dan Sarawak bakal
menarik sokongan mereka kepada Barisan Nasional akibat ketidak ikhlasan
menunaikan janji umpamanya RCI mykad dan autonomi di Sabah dan Sarawak.
Pedekatan UMNO dengan formula "Cash is King" untuk membeli maruah rakyat supaya terus menyokong kerajaan di kawasan pembangkang pun sudah mulai diambil perhatian umpamanya di Penampang telah mendapat peruntukan RM300 juta menurut ketua menteri Sabah.
Pedekatan UMNO dengan formula "Cash is King" untuk membeli maruah rakyat supaya terus menyokong kerajaan di kawasan pembangkang pun sudah mulai diambil perhatian umpamanya di Penampang telah mendapat peruntukan RM300 juta menurut ketua menteri Sabah.
9.Kegagalan
Musa menyelesai isu PATI yang membawa impak sosial dan merampas hak peribumi
dan penculikan warganegara asing dan tempatan sudah boleh menghilangkan
kelayakannya sebagai pemimpin utama Sabah dan isu isu lain RCI
mykad,MA63,royaliti minyak,cukai yang terkumpul 40% dari persekutuan tidak
pernah dikembalikan di negeri ini.
Tuntutan
MA63 yang tidak pernah dilaksanakan hanya tercapai melalui autonomi penuh yang
cuba dielak oleh ketua menteri Sabah ini adalah satu kegagalan yang tidak boleh
dimaafkan oleh rakyat Sabah?
10.Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan diluar
kerajaan Barisan Nasional mampu berdikari malahan jauh lebih baik dari era
Barisan Nasional,kenapa Sabah tidak berani berubah???
No comments:
Post a Comment