MERDEKA
O MERDEKA
( Sabah maju 90% kata Musa Aman)
( Sabah maju 90% kata Musa Aman)
OLEH: NURLUYANA
ABDULLAH (Selasa Ogos 30/2016)\
HARI
ini 30 hb Ogos dan makna espk tanggal 31-08-2016 tarikh Sabah merdeka.
Saya
kurang pasti siapa yang umum Sabah merdeka dan di mana lokasinya serta jam
berapa diumum merdeka itu.
Ya,
berdasar gambar kita merdeka 31 ogos tetapi tidak pula ada gambar siapa yang
umum merdeka dan kalau di padang merdeka memang tiada, lalu di mana lokasi
merdeka itu?
Yang
saya tahu baca sejarah hanyalah 28 Ogos, 1963, gobenor Sabah menggantikan
MEMBER SYSTEM kepada MINISTERIAL SYSTEM dan sistem itu berkuatkuasa mulai 31
Ogos, 1963.
Menurut
peraturan itu Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri dan 6 orang menteri dan
setelah merdeka nasihat mereka hendaklah diterima oleh gabenor Sabah dan
disebut hari merdeka itu diundurkan dua minggu sesudah itu. Nampak?
Untuk
makluman tokoh-tokoh yang dilantik ketika itu ialah Donald Stephen sebagai
ketua menteri, Khoo Siak Chiew, Pang Tet Tshung, GS Sundang,Harris Salleh, Said
Keruak, Richard Yapp dan Tun Mustapha duduki kerusi Yang DiPertua Negara.
Kenapa
kemerdekaan 31 itu samar sebab kesan pemberontakan Berunei berlaku di Kuala
belait pada 8 Disember, 1962 diketuai oleh AM Azahari/ketua parti Rakyat
Berunai. dan kemudian pemberontakan oleh Indonesia dengan slogan Ganyang
Malaysia dan seterus tentangan Manila.
15hb
September, 1963 Gabenor Sir William Goode telah menaiki kapal perang HMS Lion
dan sesudah itu barulah Sabah menjadi sebuah negara yang merdeka.
16
September itulah sebenarnya berlakunya adat istiadat yang telah dilakukan di
Padang Bandar Kota Kinabalu di mana perisytiharan penubuhan negara Malaysia dan
dibacakan di khalayak ramai. Yang dipertua Negara dan ketua Menteri Sabah yang
baru menjalankan istiadat bersumpah peggang jawatan masing-masing
Perhimpunan
DUN mengandungi ahli-ahlinya seorang speaker dan 32 ahli yang dipilih serta
tidak lebih 6 ahli yang dilantik dan perhimpunan itulah yang mencipta
undang-undang diluluskan oleh Ketua
negara Sabah. Benarkah merdeka 31 Ogos?
Sama
ada benar atau tidak, maka itu bukan isunya tetapi apakah kita ini benar-benar sudah merdeka atau masih belum merdeka kesan
dikuasai oleh orang lain dan Sabah macam sama seperti di zaman Inggeris atau
Jepun?
Apakah
kekayaan yang Allah kasih sejak nenek moyang kita benar-benar kita miliki atau
cucu cicit Antanom itu merempat hidup dan masih hidup susah di kampung tidak
punya paip air dan tenaga letrik masih lemah?
Lalu
bagaimana suku kaum Rungus, Kedayan, Brunei, Bajau, Irranun dan bangsa-bangsa
lain dan apakah memang di jalan2 di Paitan, Ulu Sook, atau Tomani Tenom atau
Kinabantangan sudah ada jalan berkembar seperti di Semananjung Malaysia?
Apakah
Sabah ini masih termiskin seperti dikatakan oleh bank dunia atau ada yang masih
ke hutan menembak babi hutan, rusa atau kijang dan sebagainya? Hati2 tertembak
kepala menteri yang mencuri balak di Sook.
Rasanya
ketika mengucapkan perkataan kemerdekaan itu jangan lupa lihat kampung sendiri
dan berapa orang anak bangsa kita menganggur dan berapa orang yang lulus
universiti tidak punya pekerjaan dan kemudian lihat apa saja pembangunan di
kampung masing2.
Dan
tanya juga apakah memang harga getah meloncat tinggi harga atau bagaimana harga
kelapa sawit kita yang ada sekarang dan apakah GST itu telah menurunkan harga
barang katanya Ahmad Mazlan?
Bila bercakap
soal gaji, maka di hotel2 di Sabah gaji permulaan biasa RM950 dan tolak EPF
dapatlah sekitar RM750, lalu bagaimana mahu berbelanja beli beras, tambang bas,
pakaian dan sewa kamar? Musa tentunya tahu.
Musa
Aman tidak merasakan keadaan ini barangkali dan aneh kalau di Kuala lumpur yang
mula kerja bidang berhotelan ada yang RM1,800 sebulan dan Sabah seperti yang
dikatakan dan memang adillah kelihatannya.
Lalu,
inikah yang namanya merdeka? Saya cukup malu ke luar dan berada di padang
merdeka sambil mengucapkan kata sama merdeka dan ketika itu kita lihatlah para
pemimpin kita tidak menyentuhkan hal merdeka dan nama Tun Mustapha, Donald
Stephen sudah berulang kali merdeka tidak disebut.
Yang
saya dengar hanyalah BN/Najib kutuk pembangkang di hari merdeka dan seolah
mereka itu malaikat yang cukup baik kepada rakyat dan katanya terpikat dengan
gunung kinabalu serta merasa megah hanyalah permainan kata-kata yang indah
untuk membuli Sabahan.
No comments:
Post a Comment