( PH terbukti perintah baik laporan auditor negara)
Wednesday
August 17/2016
PAKATAN HARAPAN (PH) belum pernah perintah Malaysia
dan kerana itu tidak adil jika disamakan dengan BN yang sejak merdeka perintah
Malaysia.
PH bukan parti Malaya
sebalik PH parti Nasional yang bakal tanding 222 kerusi MP untuk membolehkan
duduki Putrajaya kuasai WANG DISATUKAN, GST pendidikan, JPN, Imigresen, tentera, polis dan
sebagainya. Parti lokal tidak akan kuasai putrajaya/ini hakikat.
Di Malaysia ini setiap
negeri ada dua kerajaan iaitu kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan.
Jika sekadar kuasai
Negeri semata tanpa kuasai kerajaan Pusat/Persekutuan maka pentadbiran akan ada
saja masalahnya.
Pulau Pinang, Kelantan
dan Selangor bawah kerajaan negeri sedang kerajaan persekutuan di bawah
kerajaan BN dan di situ kita lihat kerajaan pusat kutip cukai GST, cukai kastam
dan segala macam cukai dan cukai itu dimasukkan ke akaun WANG DISATUKAN PM/BN
kuasa dan sudahnya kerajaan negeri terpaksa menyembah minta peruntukan setiap
tahun.
Makanya melalui PRU setiap
lima tahun parti PH harus menangi lebih 112 kerusi MP untuk jatuhkan kerajaan
BN dan PRU lalu PR mendapat undi 52% tetapi PR hanya menangi 89 kerusi MP
sedang BN menangi 133 kerusi MP makna PR tertinggal 33 kerusi kesan Sabah dan
Sarawak bantu menangi 44 kerusi MP. Ini Fakta yang semua politikus tahu elak
merapu royan tanpa fakta.
Di peringkat nasional
hanya ada dua parti sahaja yang boleh tumbangkan BN iaitu PH (sekadar sebutan
ROS tidak izin daftar PR), makanya di setiap PRU parti lokal terutama di Sarawak
dan Sabah kena kerjasama dengan PH kalau mahu sama tumbangkan BN sebab
tumbangkan BN di negeri tidak membawa makna sebab PBS juga pernah menang tahun
1985 tetapi tidak kuasai kerajaan persekutuan jelas mereka juga susah.
Di peringkat nasional
meski PAS kelihatannya siap berkawin dengan UMNO meski diuar-uarkan tidak
tetapi secara jelas kita sudah lihat keadaan itu dan kelihatannya parti
Muhyiddin dan Mukriz telah menampakkan
usaha yang bagus untuk berkerjasama dengan PH dan ini cukup menakutkan BN
terutama UMNO.
Lalu bagaimana di Sabah
pula?
Sarawak kita bincang
kemudian sebab Sarawak meski di sana dikuasai oleh BN parti lokal dan mereka
bila-bila saja boleh meninggalkan BN jika keinginan mereka tidak ditunai,
kerana itu PH kena perlihatkan kekuatan di PRU mendatang.
Di Sabah ada 11 parti
baru dan yang lama memang 10 buah dan semuanya menjadi 21 parti, sementara USNO
kita perhatikan masih bermasalah kesan kedudukannya ada dua presiden dan lagi
pula USNO BARU ini dengarnya didaftar ada syarat-syarat tertentu yang disyaratkan
oleh Kementerian dalam negeri dan apa syaratnya itu tidak perlu saya jelaskan
dan kita tunggu masanya nanti.
Di Sabah pula kita
nampak ada beberapa buah parti lokal yang berpotensi dan jelas antaranya STAR
dan PCS sedang yang lain tidak saya nampak kekuatannya sebab ada antaranya
hanya wujud tanpa adanya office, tanpa adanya gerakan dan apakah mereka hanya
menunggu PRU14 akan datang untuk maksud berKUCAMBAI dan mengatakan mereka kuat
di akar umbi dan di situ kita lihat ada yang akan menjual dan membeli. Kita
lihat nanti.
Kekuatan STAR memang
kita akui dan mereka boleh saja menjadi pemecah undi dan terbukti di PRU13 lalu kesan kehadiran calon mereka di MP
Keningau dan Kota Marudu menyebabkan PKR kalah tipis dan BN menang tipis,
padahal kalau STAR dan PKR bersatu maka Pairin dan Dr. Mix kepunan jadi MP
kedua parlimen berkenaan dan sila rujuk keputusan kedua parlimen di PRU-13
lalu.
Kekuatan PCS bawah
pimpinan YB Wilfred saya lihat satu sinar yang cukup meyakinkan dan kekuatan
itu dapat saingi STAR sebab saya lihat ada ahli STAR menyeberang ke PCS dan
keduanya ini sama di bawah USA dan itu rasanya tidak menjadi masalah.
Kekuatan SAPP meski
bawah USA itu tidak dikhuatirkan sangat sebab SAPP pimpinan Yong Teck Lee hanya
fokas kawasan Cina/bandar sedang kawasan Cina itu dikuasai oleh DAP sepenuhnya
dan di situ rasanya SAPP agak kurang pengaruhnya dan terbukti dimusim lalu SAPP
tidak mendapat 1 kerusipun malah rata-rata kehilangan deposit di PRU13 lalu.
STAR pula kesan ada PCS
sabah saya lihat pengaruh semakin berkurang dan last PRU13 STAR hanya mendapat
1 kerusi DUN/Bingkor sahaja sedang yang lain gagal termasuk calon DUN Membakut
hanya meraih undi 100 lebih sahaja.
Jadi kita lihat parti
lokal ini hanya boleh sedikit kuat bila ada kerjasama sesama mereka di kawasan
KDM kesan ada PBS, UPKO dan PBRS yang mewakili BN. KDM pecah seribu untuk jadi
juara seperti tahun 1985 memang tidak akan dan di situlah kebijaksanaan BN guna
sistem pecah dan perintah hingga KDM lumpuh kuasai politik Sabah.
Di Sabah seperti yang
saya katakan tadinya ada 11 parti baru dan hanya 2-3 parti sahaja yang cukup
memperlihatkan kegiatannya terutama PCS yang terus bergerak di kawasan-kawasan
majoriti KDM, sementara 10 parti yang sedia ada termasuk BN dan PH terus
bergiat secara biasa dan siap menunggu election/PRU14 nanti.
Bila membicarakan
keadaan di atas dan 11 parti mahu perlihatkan kehebatan masing-masing, maka
yang jelas di PRU yang akan datang semua akan gigi jari sebab BN juga akan
memerintah.
Cara terbaik dan amat
ditakuti oleh BN ialah yang lokal ini bersatu dan melawan BN satu sama satu dan
inilah yang BN takut dan kesannya mereka gunakan strategi luluskan banyak parti
untuk tujuan pecah dan perintah.
Cara terbaik kita lihat
sekarang ini ada penyatuan yang begitu ketara antara Shafie DSSA yang sekarang bergerak dan ribuan
memberikan sambutan dan penyatuan DSSA bersama DSP Lajim dan Dtk Wilfred dan
nantinya DAP akan dapat meruntuhkan BN di Sabah.
Ada yang memperkatakan
konon ada parti-parti lokal menjadi agen BN dan tujuan mereka mahu memecahkan
undi pembangkang, sementara ketua parti dapat upah puluhan juta di PRU lalu dan
ini tidak dapat saya sebutkan tanpa bukti tetapi kesan perpecahan undi di PRU13
kita sudah mengerti maksudnya ini.
Kelihatannya PCS
merupakan satu pilihan terbaik buat ketika ini di musim PRU14 akan datang dan
penyatuan Shafie DSSA/DSPLajim /Wilfred
dan DAP merupakan penyatuan yang dapat meruntuhkan kekuatan UMNO/BN di Sabah
nantinya.
Barangkali seperti yang
kita tahu slogan parti lokal cukup kuat dan kebencian terhadap BN itu
menyebabkan PH terkait hingga dikatakan parti Malaya meski sebenarnya PH/BN itu
hanyalah parti nasional yang bakal tanding 222 kerusi MP demi duduki putrajaya.
Cara terbaik parti Shafie DSSA nanti akan siap berkerjasama
dengan DSP Lajim /DAP dan Wilfred dan bolehlah didaftar satu parti tempatan
yang mungkin boleh saja dinamakan SABAH BARU dan dimusim PRU14 mereka menyatu
lawan BN guna satu lambang sahaja iaitu SABAH BARU.
Sabah baru akan tanding
73 kerusi DUN dan semua 25 kerusi MP lawan BN di Sabah dan bila menang nanti
mereka akan menyatu dengan PH di Semanjung yang berkerjasama dengan parti TS
Muhyiddin dan Mukriz.
Kekuatan dan kemenangan
PH bersama parti TS Muyhiddin/Mukriz bakal menyatu dengan parti SABAH BARU(
Shafie- Lajim/DAP dan Wilfred) dan ini dapat melahirkan satu kerajaan baru yang
lebih telus jujur atas nama MALAYSIA BARU sebagai ganti kerajaan BN yang
berkuasa sejak merdeka.
Dengan cara ini saja
nanti baik Sabah dan Sarawak akan dapat semula kembali kepada perjanjian MA63.
Insya Allah kita
berusaha dan berdoa segala impian dan keinginan ini Allah tunaikan demi anak
bangsa cucu cicit kita.
SABAH UBAH
REFORMASI
Sabah untuk Sabahan
REFORMASI
Sabah untuk Sabahan
No comments:
Post a Comment