OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
Tuesday August
16/2016
DI Malaysia ini, baik peguam negara, Hakim atau
SPRM termasuk Polis itu di bawah Najib dan hanya dia saja yang merestui
lantikan mereka meski ada kalanya lantikan dari Agong.
Selagi PM berkuasa dan tidak diserahkan
kepada parlimen, maka keadilan tidak akan dapat didirikan kerana mereka
mengambil keputusan berdasarkan arahan atasan dan kesan termakan budi keadilan
tidak akan dapat didirikan dan rakyat tetap susah meski benar cara rakyat
bertindak.
Tidak boleh tidak cara
terbaik ialah negara yang tempat mereka menyimpan wang haram harus bertindak
sama seperti kasus dana 1MDM yang menyebabkan peguam negara Amerika menyita
harta individu.
Terbaru dinyatakan yang
Mahkamah Persekutuan Switzerland semalam memerintahkan rekod perniagaan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang dimiliki oleh UBS Bank diserahkan kepada
Pejabat Peguam Negara (AGO) negara itu.
Jika ini benar seperti
diperkatakan maka seorang ketua Menteri Musa Aman harus bersiap sedia menghadapi
keadaan dan ini merupakan jejak kedua selain Perdana Menteri.
Mahkamah juga memutuskan
bahawa dokumen berkenaan boleh digunakan dalam prosiding jenayah terhadap bank
berkenaan.
Pertubuhan bukan
kerajaan, Bruno Manser Fund (BMF), dalam satu kenyataan hari ini menyambut baik
keputusan Mahkamah Persekutuan Switzerland dan berkata ia menjangkakan UBS akan
dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram berhubung kes Musa Aman dari Sabah.
Adalah dilaporkan pada
November 2014, pihak pendakwa raya Swiss merampas rekod sulit mengenai hubungan
bank UBS dengan Musa yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah AS$90 juta
kerana mengumpul rasuah bagi pemberian konsesi pembalakan di Sabah.
Deposit berkenaan
didakwa untuk konsesi pembalakan dikumpulkan melalui akaun UBS Bank di
Singapura dan Hong Kong.
Ini berikutan aduan
mengikut undang-undang jenayah yang difailkan oleh BMF, menyebabkan AGO
Switzerland membuka prosiding jenayah terhadap bank itu pada tahun 2012.
Rakyat Sabah memang
menantikan semua hal ini menjadi kenyataan dan jika ini benar dan Musa Aman
diambil tindakan, maka rakyat Sabah harus sedar dan kalangan mereka tidak boleh
lagi menjadi pemimpin demi kebaikan Sabah dan kita mahu UMNO/BN ditumbangkan.
Kita mahu kepimpinan
yang telus dan jujur dan kerana itulah kebangkitan DS Shafie Apdal bersama DSPL
Lajim dibantu oleh Datuk Wilfred dan DAP harus diberikan kerjasama untuk
merubah keadaan politik di Sabah dan sekaligus bersama PH akan menumbangkan
kepimpinan di peringkat Nasional.
"SABAH UBAH &
REFORMASI"
Lawan TATAP Lawan
pengkhianat harus sirna dan kita hadapi demi Sabahan.
pengkhianat harus sirna dan kita hadapi demi Sabahan.
No comments:
Post a Comment