OLEH ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsder14.blogspot.com
Khamis Ogos 11/2016
SEBURUK-buruknya
seorang yang bernama Tun Mahathir
Mohamed tetapi banyak juga jasanya yang
begitu jelas kelihatan sesudah 22 tahun ia memerintah tidak ternilai jasa
baktinya yang ditabur untuk kebaikan dan memajukan negara Malaysia.
Kalau
dulu Singapura lagi terkenal banding Malaysia dan kala awalnya Malaysia jarang
disebut, tetapi sesudah Mahathir berkuasa yang dulunya kita dianggap tinggal
atas pokok tetapi tidak lagi demikian anggapan, malah kita lebih ke depan.
Sebelum ini kita lebih baik banding korea dan
banding Thailand atau Mymar dan negara lain tetapi sesudah Mahathir tidak lagi
berkuasa ekonomi kita benar-benar jatuh, malah kita begitu jauh ditinggalkan
oleh korea.
Malah
kekadang Mynmar lagi memacu banding kita dan begitu jauh ditinggalkan oleh
Singapura dan tidak hairan tidak lama lagi Malaysia terutama Sabah sepertinya
kemiskinan di Medan atau di negara bangla atau sepertinya Indon di tahun-tahun 70an.
Sebenarnya
Malaysia ini sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan jika dibandingkan
dengan Jepun, korea dan negara lain rasanya Malaysia punya kekayaan sumber yang
cukup hebat dengan segala biji timah, sawit, getah dan minyak serta
sumber-sumbar lain di hutan/daratan dan dalam perut bumi tetapi kesan
kebobrokan kepimpinan negara kita yang kaya menjadi negara termiskin.
Sabah
yang memang Allah berikan kekayaan yang melimpah begitu hebat sebalik kekayaan
itu mengalir ke negara luar dan rakyat di Sabah tidak dapat menikmatinya
seperti selayaknya. Malah anak bangsa akan kehilangan semuanya dan bakal
menjadi pelarian di bumi sendiri nantinya.
Anak-anak
kita kesan tiada luang kerja di Sabah terus ramai sangat meninggalkan Sabah
berkerja di Semanjung termasuk di Singapura dan keadaan ini cukup menyedihkan
sekali/ini sudah jelas ianya kesan kegagalan seorang Musa Aman gagal
memperbaiki ekonomi di Sabah.
Setiap
tahun beribu orang yang meninggalkan universiti tanpa kerja dan kalau adapun
amat terhad, sementara syarikat2 gergasi di Malaysia terus mengurangkan pekerja
dan ada yang lingkup yang menyebabkan jumlah pengangguran di Malaysia kian
memburuk dan hingga sekarang kasus ini gagal diselesaikan oleh kerajaan BN
pimpinan seorang Najib.
Rakyat
Malaysia harus melihat jauh ke depan. Harus memikirkan anak bangsa mendatang
dan selagi BN berkuasa dan selagi mereka memimpin negara maka rakyat akan/kian
susah dan tiada lagi pilihan lain di PRU14 kena tumbangkan kerajaan yang ada.
Bersatulah
anak bangsa, anak muda tak kira apa bangsa agama harus bersatu selamatkan
negara Malaysia yang tercinta
ini.
ini.
Kita
tiada pilihan lain selain tumbangkan BN demi keselamatan negara yang namanya
Malaysia.
No comments:
Post a Comment