TANPA BERSATU MATLAMAT KITA TAK TERCAPAI UNTUK JATUHKAN UMNO/BN DI SABAH PRU14



OLEH: E. SORAYA KIGIS
Thursday August 18/2016

1.DENGAN jujur dan ikhlas sudah kah kita berpuas hati Asas penyertaan kita dalam gagasan Malaysia pihak persekutuan telah melaksanakan tuntutan ke atas keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa.

2.Secara RELATIFNYA keempat-empat asas tersebut boleh dikatakan "gone case" jika kita bandingkan dengan pencapaian di Semenanjung Malaysia serta negara-negara yang keluar/terkeluar dalam pembentukan Malaysia (Brunei dan S'gpore).

3.Antara penyebab penting adalah "political dominant" UMNO di Semenanjung Malaysia dan ketidakstabilan politik di Sabah.Ini membuka peluang pemimpin pusat campur tangan bagi membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990.

4.Pada masa tersebut, kita sesama Bumiputera di Sabah bercakaran hanya kerana ingin merebut kuasa dengan menggunakan Bangsa dan Agama sebagai agenda bagi memenangi/meraih hati kaum masing-masing. 

Apabila berkuasa, ketidakadilan agihan ekonomi dan kuasa sudah menjadi perkara lumrah seperti berlaku pada 1985-1994. Pengalaman politik inilah penyebab utama dimana dendam dan saling tidak mempercayai di antara bumiputra Sabah menjadi halangan kita bergerak searah ke destinasi yang didambakan setiap jiwa anak anak Sabah.

5.Apakah kita perlu ulangi pengalaman pahit ini yang banyak membawa kerugian besar atau kita membiarkan UMNO sebagai penyelamat kita sedangkan menghalang aspirasi rakyat Sabah untuk menuntut haknya terutama maruah yang dinodai terus menerus.

6.Sampai bila kita bergantung harap pada orang luar sedangkan kita ada jalan keluar dari kemelut ini hanya membuang sikap ego di
antara kita.

7.Kalau diperhatikan penyertaan UMNO dalam politik Sabah adalah satu penghalang mencapai aspirasi kita untuk menuntut kedaulatan Sabah kerana melantik pemimpin pemimpin yang menjadi agen mereka semata untuk berkhidmat kepada mereka bukan untuk rakyat Sabah.

8.Hanya perpaduan dan saling mempercayai untuk mencapai matlamat kita demi membentuk SABAH BARU untuk terlepas dari cengkaman kekeliruan dan bebas jiwa raga sebagai rakyat merdeka.


No comments:

Post a Comment