OLEH: E SORAYA EGG
Tuesday August
30/2016
1.UMNO di
Semenanjung berpecah, siapa pernah menyangka berpecah sebegitu teruk dan Sabah
sudah mulai tahap kesedarannya terhadap hak mereka semakin tinggi.
2.Apakah
kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan kestabilan politik di Malaysia
Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar
dibetulkan?
3.Dalam situasi ini kita tidak perlu dibuai
dengan janji tetapi harus memperkemaskan diri untuk memperbetulkan langkah
politik yang silap yang diambil oleh pemimpin terdahulu seterusnya membentuk
satu kuasa politik sebagai benteng kuasa tawar-menawar yang berkesan dan suara
kita dihormati dan dihargai.
4.Kita
hanya menuntut hak kita, Simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk
pembangunan di Malaysia Barat semasa era-era pemerintahan sebelumnya. Tidak
salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.
5.Selama
53 tahun Sabah bagai hamba menagih janji selaras dokumen perjanjian penubuhan
Malaysia dimana hak hak kita perlu ditunaikan tetapi sebaliknya malahan ada
yang diselindungi dengan berbagai alasan.
6.Adalah
tidak adil bagi Sabah semasa UMNO di ambang sakaratul barulah mendengar sedikit
keluhan rakyat Sabah dan hak mereka sudah mulai ditanggapi yang sepatutnya
sudah dinikmati telah lama dulu.
7.Sebenarnya
kita amat berterima kasih kepada aktivis politik,ngo dan individu yang tak
pernah putus asa terus mendesak putrajaya terhadap tanggungjawabnya.
8.Keberkesanan
pemimpin dan kerajaan Sabah sekarang adalah dianggap gagal kerana sejak
1994-2016 hanya menimbul koleksi persepsi negatif dan semakin jauh di hati
rakyat.
9.UBAH
SABAH,SABAH BARU adalah satu harapan baru rakyat yang diterajui oleh pemimpin
SABAH FOR SABAHAN mendepani zaman pengemudi negeri.....
No comments:
Post a Comment