ROYALTY MINYAK SABAH PALING TERMISKIN 5% SEUMUR HIDUP


OLEH: E SORAYA EGG
Saturday August 13/2016

1.ADALAH menjadi perdebatan umum ekoran beberapa resolusi persidangan dewan undangan negeri.

Dalam pada itu kerajaan negeri diberi kebenarkan menjalankan perlombongan khas penemuan padang petrol di daratan(onshore) di kawasan pantai timur Sabah untuk penerokaan itu kerajaan negeri diperuntukan ekuiti 30%.

2.Umum mempersoalkan mana baik royalti atau ekuiti. Bagi pihak yang tidak mahu menanggung risiko cenderung pada royalti tetapi syaratnya perlu dianjak dari 5% ke 25 % atau lebih khasnya penerokaan onshore kerana kos operasi lebih rendah dari carigali offshore.

3.Golongan ini melihat royalti lebih telus dan boleh percaya atas pembahagian keuntungan bergantung marginal petronas rugi atau sebaliknya Sabah tetap mendapat pulangan seperti kadar yang ditetapkan.

4.Golongan ini juga melihat sungguhpun pada peratusan ekuiti nampak besar tetapi risiko risiko dihadapi perlu juga diambil kira terutama turun naiknya harga minyak global tidak boleh diramal apa lagi Malaysia non OPEC tidak dapat berpartisipasi menentukan harga siling atau volume hadrokarbon ini.

5.Sungguh pun Sabah dapat ekuiti tinggi timbul persoalan sinikal mungkin mereka amat meragui kerajaan mengurus sumber alam hutan dan tanah ada isu isu timbul ketidak telusan pengurusannya dan mungkin juga akan berulang dengan penerokaan petrol ini.

6.Perlu diperjelaskan kepada rakyat siapa yang ada benefisiari baik syarikat atau individu dari 70% dan siapa mereka itu? Adakah 30% ekuiti ini tidak membahaya kepada negeri Sabah kerana penguasaan sharenya hanya 30% berbanding
70%, dan siapakah lembaga lembaga pengarahnya.

7.Sejak bila dan sudah berapa jumlah keuntungan terkumpul untuk kerajaan Sabah.


No comments:

Post a Comment