OLEH:
E SORAYA EGG
Sunday
August 07/2016
1.RAKYAT beri jaminan kepada Perdana Menteri
Malaysia bahawa beliau tidak perlu bimbang akan mengalami nasib Gaddafi
(pemimpin Libya) dan Mubarak (bekas presiden Mesir)tetapi sekurang-kurangnya
tidak menghalang siasatan penuh berkaitan dengan skandal 1MDB sudah berlarutan
lamanya sehingga rakyat jelata resah dan runsing.
2.Kepimpinannya termasuk skandal skandal
institusi institusi utama negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Jabatan Peguam Negara, polis, Badan Pencegahan
Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya dikompromi dan dirosakkan untuk membuktikan
dirinya tidak bersalah menyalah gunakan kedudukannya.
3.Namunpun,keselamatan dan kebajikan dianggap sebagai perdana
menteri paling berjaya menabur jasa kepada semua rakyat.Jaminan itu ramai
melihat satu kepura puraan,dan merupakan alasan mengekalkan kuasa selama
mungkin.
4.Setakat mana boleh bertahan dalam kepura
puraan sedangkan negara jiran Parti GOLKAR yang terkenal dengan system
pemerintahanya Demokrasi terpimpin dan spra militer akhirnya tunduk dengan
kuasa rakyat bila mencapai titik jenuh melalui demontrasi jalanan.
5.Demikian juga pemerintahan Marcos di
Philipina yang didakwa merompak khazanah negaranya akhirnya diadili oleh rakyat
secara tidak terhormat sehingga Marcos kehilangan segala galanya menjadi
buangan tanpa negara.
6.Ingat!!!Parti BAATH dibawah teraju Saddam
Hussein bukan hanya dia menerima padah tetapi rakyatnya terkorban dan negara
turut hancur sehingga mustahil dapat pulihkan untuk kembali sebagai negara
makmur dan kaya raya di rantau teluk.
7.Kemelut sekarang ini telah membuka luas
campur tangan asing dan bakal membawa bahana siapa tidak kenal Amerika yang
mengamalkan tamadun Babarian yang menghalalkan cara dan sejarahnya setiap
penglibatan mereka tidak pernah keluar sebagai peserta yang tewas.
8.Kami rakyat 30 juta boleh berdiri
dibelakang kamu sama sama mempertahankan maruah dan kedaulatan negara tapi
siapalah kami jika dibandingkan dengan negara yang suka pertumpahan darah itu.
9.Saya tahu kamu disayangi majoriti rakyat
tetapi mana lebih penting diantara mempertahankan Ego atau keselamatan rakyat
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment