HUJAH ISU BUKAN PERIBADI


( seorang menteri harusnya tahu)
  
KARYA: ISMAILY BUNGSU
Jumaat Ogos 12/2016

DIKATA berbahasa kesat nanti mereka kata saya jahat dan ditunjuk cara tepat rasanya mereka lagi bijak dan kita ini siapa sahaja orang kecil tak punya apa-apa.

Menilai buku bukan kerana foto kulitnya tetapi harusnya isi buku dan itu selayaknya.

Bila berhujah kena faham etika berhujah dan hujah isu diangkat bukan peribadi seseorang itu. Itu caranya kalau memang yang berhujah itu bijak dan tahu caranya.

Status saya sudah jelas dikatakan isu MA63 harusnya dibincang di kabinet kalangan menteri dan sesudah itu dibawa ke DUN atau parlimen untuk bahas dan itu caranya sebab kabinet atau DUN/Parlimen merupakan ruang membincang dan meluluskan sesuatu ISU.

Kalau dibincang di luar dan rakyat dikasih tahu itu tidak akan ke mana dan semuanya jadi sia-sia dan itu tidak lebih hanyalah retorika yang diadakan demi kepentingan politik masing-masing sebab yang meluluskan kabinet bukan rakyat.

Seperti yang saya katakan bahawa isu yang saya angkat ialah ISU MA63 tetapi seorang menteri kala komen ia sebut pula yang saya ini budak suruhan dan CARI makan.

Saya bukan budak suruhan dan saya tidak CARI MAKAN melalui penulisan. Haram satu sen saya makan duit dunia penulisan kalau saya menulis cari makan.

Saya juga BUKAN BUDAK SURUHAN dan saya menulis tidak membabi buta dan saya menulis apa yang saya fikirkan benar dan jika benar atau tak benar sesiapa boleh hujah meski jawatannya pencuci jamban.

Saya bukan semudah yang disangka disuruh makan tahi saya makan dan saya ada akal dan ada otak untuk memikir mana baik dan mana busuk.

Saya bukan jenis akur apa saja dan segala akan saya pertimbangkan sebelum menulis sesuatu dan jika benar meski arahan siapa akan saya tulis dan jika tak benar meski sultan atau raja atau perdana menteri tetap saya bantah. Ini prinsip saya.

Saya bicara hal MA63, kenapa harus disentuh saya pencen bawah barisan nasional dan kenapa tidak bercakap masa berkerja sebagai perkhidmatan Awam?

Apakah SEORANG MENTERI PERSEKUTUAN tidak tahu hal peraturan dalam perkhidmatan awam dan apakah tidak tahu kaki tangan perkhidmatan awam terikat dengan peraturan PERINTAH AM dan peraturan-peraturan  lain yang ada?

Lagi apa kaitannnya semua itu dengan status yang saya cipta untuk dibahas? Seharus hujah isunya bukan hal lain yang tidak ada kaitan.

Makanya kalau bercakap kena teliti dan pandang-pandang kalau siang dan dengar-dengar  kalau malam sebab tidak semua orang di Sabah ini bodoh sangat.

Saya orang kecil bukan seorang VIP dan bukan seorang menteri dan saya tidaklah bijak sangat tetapi tidaklah bodoh untuk menelaah keadaan sebenarnya.


No comments:

Post a Comment