JANGAN BIARKAN SABAH DIPERALATKAN OLEH MEREKA YANG RAKUS




OLEH: E. SORAYA KIGIS
Sunday August  07/2016




1.RAKYAT Sabah berjaya dijadikan dua blok agama dan suku mengakibatkan politik negeri ini sentiasa beriak dan kemungkinan menimbulkan tsunami yang saling merugikan kedua kelompok ini.

2.Selagi blok agama dan suku ini tidak dipecahkan sehingga itulah politik negeri ini tidak terkeluar dari kepompong cengkaman luar dan ketenteraman rakyat terus terancam dan kuasa politik semakin lemah.

3.Sedangkan asmilasi yang kian lama sudah menjamin kita bersatu dalam konsep kekitaan sebagai Sabah for Sabahan tanpa dibatasi oleh dua faktor itu yang menjadikan kita lemah berhadapan dengan campur tangan dari luar.

4.Tuntutan kita terhadap keadilan sosial,agihan kekayaan negara,pembangunan seimbang antara barat dan timur,layanan ekonomi sosial yang adil tidak akan tercapai hanya menjadi impian belaka.
5.Selagi Sabahan tidak sebumbung ke arah matlamat ini selagi itulah menjadi objek sebagai "sapi perahan susu" untuk kegunaan orang lain untuk menggemukan mereka dan kita tinggal kurus kering hanya menunggu disembelih untuk santapan mereka.

6.Kita rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah yang empunya negeri ini dan generasi Sabahan mendatang akan mewarisi situasi yang membosankan tanpa kita memperbaiki keadaan bermula dari hari ini kita akan jadi sumpahan oleh generasi mendatang.

7.Secara sengaja atau kebetulan di mana suku yang beragama Non Muslim kurang senang dengan Muslim atau sebaliknya... ini ciptaan orang politik lama dengan tujuan memperkukuhkan politik dan kelompok mereka ditambah dengan peranan pecah dan perintah yang diamalkan oleh UMNO menerusi Barisan Nasional.

8.Punca perpecahan kita sudah difahami,kenapa kita tidak bersatu balik ke pangkal jalan untuk memulakan langkah menuju kejayaan.....


No comments:

Post a Comment