BERLAGAK BIJAK OTAKNYA LONGKANG


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Friday August  12/2016

SAYA perhatikan ramai kalangan kita berani bercakap di belakang dan bijaknya bukan main mengalahkan seorang professor tetapi kala berada di mesyuarat atau dalam satu-satu perbincangan mereka berkelakuan mengayam mati tak kedengaran suaranya.

Ada juga yang usaha bercakap dan diminta pandangan tetapi pandangannya seolah dikutip dari longkang dan mereka menunjuk pandai tetapi idea dan pemikiran seperti kelas tadika tak boleh pakai langsung dan rasanya orang kampung tidak sekolah lagi bijak berhujah.

Makanya kita ini kalau tidak tahu dan kurang ilmu biarlah merendah diri dan jangan memandai-mandai banyak bercakap di belakang dan yang anehnya pula berani di belakang tetapi di depan majikan atau ketua mengayam bini tapi mengampu bodek nombor wahid.

Memang orang semacam ini banyak sangat di sekitar kita selalu berlagak pandai sebalik otaknya penuh longkang dan kesannya memalukan diri sendiri.

Dalam hidup ini kita tidak perlu takut sesiapa, meski dia ketua atau bukan kita kena hormat padangannya meski tukang cuci jamban dan kita mesti berani menegur atasan jika memang salah.

Inilah prinsip saya dan makanya jangan cuba-cuba mahu membuli dan permainkan sebab pendirian saya jelas ke arah itu tidak akan tunduk kalau tindakan itu benar dan jika salah saya akan segera memohon maaf dan itu tidak merugikan.


nota: saya bercuti hari ini dan usaha membaca dan telaah

No comments:

Post a Comment