MP-ADUN GAGAL NAIK TARAF DALAM ASPEK PEMBANGUNAN DI KUALA PENYU

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ISMAILY BUNGSU
Sunday August 14/2016


KUALA PENYU:-  Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN)  bukan saja gagal menaik taraf kehidupan rakyatnya bahkan juga gagal membangunkan dalam aspek prasarana khususya jalan raya di kawasan pedalaman.

Sabah adalah sebahagian wilayah merdeka yang bertahun-tahun segala hasil balak-sawit dan minyak semua diangkut ke Semenanjung tetapi kehidupan rakyat Sabah masih berada ditahap taraf kemiskinan tegar.

Tetapi kalau cakap para pemimpin BN  Sabah adalah  negeri yang termaju di dalam 13 negeri kenapa kerosakan jalan  Kampung Bundu Gana Kuala Penyu telah diabaikan dimana letaknya  tanggungjawab  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  dan Ahli Parlimen Kuala Penyu untuk membangunkan kawasan yang diwakili.

Ingat pengundi Kuala Penyu yang mudah terpedaya dengan janji-janji pemimpin BN/UMNO yang pandai bercakap tetapi tak serupa bikin  jangan sampai masanya PRU nanti bila di bagi beras 5kg duit RM100 dan tangki biru penduduk jadi semuanya lupa tetap undi BN/UMNO.

Ikut setail orang-orang Cina di bagi pelbagai kemudahan ambil saja tetapi undi tetap tolak BN itu mereka punya pendirian.











No comments:

Post a Comment