"PANTANG SAYA MASUK MELAYU"


PERNAH saya baca ada yang bukan islam menulis "Pantang saya masuk Melayu" dan kenyataan itu benar dan yang bercakap bijak dan perlu kita kaji dan teliti.
Kita tak boleh salahkan yang melontar kata itu sebab seperti yang saya katakan kalau kita kaji soal Melayu ini memang banyak sangat yang kita kurang tahu dan tidak akan selesai dan kita berhujahpun sampai kiamat tak ada penghujungnya.
Cuma saya saya katakan kita ini asalnya Adam/Hawa dan beranak pinak lalu lari ke asia, barat, timur selatan dan itu yang firman Allah "berbangsa-bangsa" dan semua kita ini sebenarnya pendatang, cuma untuk menentukan hanya berdasar bila ia datang dan itu saja yang menentukannya.
Kenapa ada yang berkata pantang masuk Melayu?
Nah, kita kaji pula sejarah melayu. Melayu ini asalnya ikut kajian dari benua asia 6000 tahun sebelum masehi dan kemudian 3000 tahun sebelum masehi datang dari indocina.
Mereka inilah datang ke tanah melayu digelar PROTO MALAY dan kawin dengan orang tempatan semang, asli, jakun dan itulah yang melahirkan melayu dan itu kajian sejarah tetapi sejarah ini bisa berubah kalau ada penemuan-penumuan  baru.
Tetapi disamping penemuan -penemuan  baru, sejarah ini ditulis oleh orang menang maka kekadang diselewengkan faktanya seperti pemimpin Singapura seolah mengatakan Raffles itu founder singapura dan menolak Parameswara yang lebih awal
sebelum ketemu pisang Melaka di Melaka.
Jadi, ikut sejarah itu Islam belum bertapak di tanah Melayu dan islam ikut batu bersurat di Trengganu ada abad ke12 dan berkembang abad-15 dan ini kena rujuk kehebatan Cheng Ho hingga parameswara terpengaruh dan masuk islam menjadi raja Melaka ketika itu.
1957 pula dicipta perlembagaan Malaya dan di situlah dicatat Melayu itu Islam dan amal adat istiadat Melayu dan ini saya kira tidak betul.
Kenapa tidak betul?
Orang India berkulit hitam tetap bangsa India dan orang cina bermata sepet tetap bangsa cina dan orang putih bermata kebiru2an dan kulit beda tetap orang putih dan bangsa tidak boleh diubah-ubah
Tetapi jika jepun bangsa islam dan amal adat budaya Melayu maka ia boleh dikatakan MELAYU dan ini kelihatannya aneh bin ajaib.
Nah, berdasarkan melayu Akademik dan Melayu perlembagaan, jelas yang mengatakan "pantang saya masuk melayu" membawa makna pantang dia masuk islam dan itu benar sebab masuk islam mana boleh main paksa-paksa  dan jika main paksa islamnya tidak sah. 
Nah, sekarang ini kalau kita mahu bicara soal Melayu, kita kena tanya dulu mahu bicara Melayu Akademik atau Melayu perlembagan.
 UMNO biasanya merujuk kepada Melayu perlembagaan dan kerana itu saya bertanya apakah 3 orang yang ketua bahagian UMNO di Sabah itu Melayukah?
Di atas soalan bonus bha!
ISMAILY BUNGSU
PENGARAH KOMUNIKASI MPN/PKR SABAH

Top of Form

No comments:

Post a Comment