JPJ AGAR MEMBUAT PEMANTAUAN DI JALAN RAYA BAGI PASTIKAN LORI-LORI TIDAK LANGGAR AKTA JPJ

Tuesday December 01.2015


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DIANE  DEEN JOSS

SANDAKAN:- Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seharusnya sentiasa membuat rondaan disetiap sudut jalan raya khususnya untuk memantau lori-lori yang mengangkut barang-barang lebih muatan yang ditetapkan (over load)

Tindakan pemandu lori yang membawa barangan lebih muatan itu akan mengundang kecelakaan kepada pengguna-pengguna jalan lain sekiranya barang-barang yang dipungga diatas lori ini terjatuh lantas menghempap  kendaraan lain yang sedang membuntut dibelakang.


Gambar ini sempat dirakam oleh Diane Deem Joss yang telah menjadi viral semoga dengan tersiarnya berita ini mengenai insiden yang berlaku ini akan menjadi perhatian oleh pihak JPJ untuk kerap membuat pemantauan  di jalan-jalan raya agar lori-lori yang terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

ASET NEGARA TERPENTING DIJUAL?

Tuesday December 01.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

SUDAH terang  lagi bersuluh pula. Sudah tahu banyak sangat alasannya. Kita bercakap benar dikata suka memfitnah seorang menteri perdana dan kesannya pembangkang yang diburukkan, sedang hakikat sebenar di depan mata.

Biasanya seorang yang MUFLIS akan ia jual apa saja miliknya untuk "cover" hutang-piutang  yang belum dilunaskan demi selamatkan diri dan begitulah jadinya. Itu hutang peribadi, tetapi hutang negara maka harta negara yang dibangun kumpul sejak merdeka akan susut dan kita bakal BERAMPAK SAMIR alis miskin KELANDAR.

Sekarang ini 1MDB asyik membida harta-hartanya untuk langsaikan hutang dan jika pembida asing memenangi bidaan penjualan asset-aset  tenaga 1MDB dan had pemilikan ekuiti asing dikecualikan, ia bermakna 18% asset-aset  penjanaan tenaga letrik negara akan dikuasi oleh syarikat asing.

Menurut penjelasan ada 1 daripada 3 firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 18 aset tenaga Edra Global Energy Berhad yang bernilai RM10 bilion dalam usaha mengurangkan hutang piutang syarikat tersebut.

Jika ini menjadi maka Malaysia akan kehilangan sedikit demi sedikit sesuatu yang cukup berharga dan sekaligus nanti bil elektrik akan naik dan itu sebab PM sudah awal-awal mengatakan yang subsidi akan dihapuskan.

Gara-gara berbelanja tak berhemah dan hutang yang berlambak, maka negara menerima beban dan bukan mudah untuk selesaikan hutang 1MDB termasuk hutang negara yang terus membengkak.

Kesan boros dan berbelanja secara tidak berhemah, maka rakyat yang menerimanya dan akhirnya di samping penjualan aset negara, maka poket rakyat juga kerajaan korek melaui cukai kepala berganda yang namanya GST.


PELAWAK-PELAKUN YUSRRY EDOO KUMPULAN JAMBU KEMBALI KERAHTULLAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

Tuesday December 01.2015

OLEH: KAMARUL ZAMAN


KUALA LUMPUR:- Para peminat  seni lakanan tanah air telah kehilangan seorang pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama sebenar, Yussry Edoo, 39 tahun diberitakan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar  malam tadi.

Menurut makluman yang diterima, Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.."

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," kata Sherry Al Hadad, sahabat kepada arwah.

Hasil tinjauan dilaman sosial, ramai diantara rakan artis tersebut turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.
 
Wartawan media portal The Sabah Insider mendapati bahawa tentang kematian Pak Yus adalah berita  sahih dan benar bukan cerita direka-reka seperti berita yang dakwaan pelawak dan pelakon Veteran Ebby Yus dan pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan di khabarkan meninggal dunia seperti yang laporkan dui media-media porta

JAKIM-JAIS MENGGALAKAN JAMAL PAK TONGKOL MENGANJUR PESTA SEKS?

Tuesday December 01.2015

OLEH: KAMARUL  ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Pesta Seks yang dianjurkan oleh Jamal Pak Tongkol yang dilansungkan disebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur di sini baru-baru ini mendapat kritikan hebat di kalangan orang Islam Melayu dan bukan Islam.

Pesta seks itu menampilkan beberapa morang pelakon/artis tempatan sambil menonjolkan tubuh badan mereka yang menghairahkan dengan berkaian ala seksi yang tidak sepatutnya dipakai oleh wanita Islam/muslimah.

Paling ketara sekali di mana seorang pelakon muslimah mendedahkan pakaian yang betul-betul menjulok mata sambil menayang-nayang pehaknya yang gebuh iaitu Manohara seorang janda mendapat perhatian meluas kepada kaum lelaki kerana menghairahkan .
 
Malaysia adalah  Negara Islam sering melaung-laungkan Islam di tetapi Jamal Pak Tongkal sebagai seorang muslim dia langsung tidak menghormati Islam ini jelas Jamal Pak Tongkol dan Manohara orang nyang cetek dalam ilmu pengetahuan agama Islam kerana sanggup menganjur Pesta Seks.


Yang menghairankan kenapa pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdiam diri saja tanpa mengambil sebarang tindakan kepada penganjur Pesta Seks dan pesertanya kerana mereka telah melanggar hukum hakam Islam dan akidah Islam, ini seolayh-olah JAKIM dan JAIS menggalakan orang-orang Islam lebih banyak menganjur pesta seks di masa-masa akan datang.



KEMELLIA...... DEDAHKAN PENGHIDU GAM ANAK-ANAK PATI SUKAR DIBENDUNG

Tuesdeay December 01. 2015

OLEH: PAPARAZI CONAN

MENGHIDU gam memang sudah lumrah dan jadi budaya di kalangan budak-budak Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina yang mejoriti tinggan di perkampungan setinggan haram.

Ketagihan menghidu gam di kalangan anak-anak PATI memang  sukar dibendung ini disebabkan tiada pentukan  undang-undang tidak seperti syabu, dadah dan candu di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 kika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Ramai budak-budak PATI yang terjebak dan ketagihan menghidu gam telah mengganggu kesihatan mereka ada yang jadi biul ada sesetangahnya jadi gila tidak siuman, gam tersebut dicampur dengan tinner jadi bila dihidu orang bisa  hayal tidak sedarkan diri lama-kelamaan meresap keotak dan otak jadi kering kosong di kepala.

Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan mendedahkan perkara ini hasil kaji selidiknya penglibatan anak-anak PATI yang terjerumus dengan gejala menghidu gam bilangannya mencecah 78 peratus berbanding penglibatan anak-anak tempatan Cuma  22 peratus saja.
Kata Kemellia lagi peningkat jumlah penagih gam di kalangan anak-anak PATI ini disebabkan sebilangan anak-anak mereka kurang didikan agama dan juga didikan akademik kerana factor dari penghidupan yang dibelenggu kemiskinan ini yang mendorong mereka lebih cenderong melakukan aktiviti-aktiviti songsang.

Sementara anak-anak perempuan PATI  mereka berumur belasan tahun terdapat segelintir mereka terjebak dalam kegiatan kanca pelacuran di mana mereka tinggal dirumah-rumah penginapan di Bandar Sandakan dan sebahagiannya pula jadi simpanan (sugarddedy)  kepada taukey-taukey mereka ditempatkan di Bandar Ramai-Ramai Bandar Nam Tung dan Batu 8  Jalan Labuk kebanyakan mereka bekerja di p.asar-pasar sebagai pembantu dan cuci pinggan





GUNA DAUN LIMAU PURUT DAN DAUN KENCUR BEZA RASANYA DALAM PERESA MAKANAN

Tuesday December 01.2015

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

HARI ini saya ingin membicarakan tentang penggunaan daun Limau Purut kebanyakannya  orang Jawa mengguna pakai daun Limau Purut untuk menambah peresa supaya sesuatu makanan dan masakan  itu agar menjadi wangi.

Dalam penggunaan daun Limau Purut biasa di gunakan untuk dicampur dan sambal pecal diperbuatan dari kacang tanah dan juga masakan lode.

Walaupun sama bangsa sama dialeg bangsa Jawa cara masakan Jawa Indonesia dengan Jawa keturunan  Malaysia lebih jauh berbeza Jawa lahir di Sabah mereka kalau membuat sambal pecal mereka suka menggunakan daun Kencur/Cakur/Kusur, sementara Jawa asli Indonesia buat sambal pecal atau masuk lauk lode suka menggunakan daun Limau Purut memang lain rasanya guna daun kencur dengan menggunakan daun Limau Purut. Daun Limau Purut rasanya padar-padar.


Berikut Pengenalan : Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain.

 Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.

Khasiat dan Kegunaan : Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.


 Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


PENJUAL IKAN SIMBAH IKAN-SOTONG DENGAN AIR MAYAT BERBAHAYA KEPADA MANUSIA...DEDAH KEMELLIA

Tuesday December 01. 2015

OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU:-  Dakwaan para pengguna yang mendakwa terdapat beberapa orang penjual ikan di pasar-pasar umum diantaranya pasar Kota Kinabalu KIeningau, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau untuk mengawetkan ikan-ikan mereka menyuntik dengan menggunakan air mayat (polin) supaya ikan-iakan lebih bertahan lama disiman di tong-tong air.

Perkara ini bukan baru berlaku sudah bertahun-tahu dilakukan oleh penjual ikan yang tidak bertanggungjawab hanya memikirkan keuntangan saja tanpa memikirkan soal kesihatan manusia kesan memakan ikan yang disuntik atau disimbah dengan air mayat.

Saya bercakap ini mewakili para pengguna diseluruh Sabah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir penjual ikan yang melakukan perbuatan itu yang terang-terang menyalahi undang-undang di bawah Kesalahan Seksyen  32(A) dalam Akta Racun 1952 (Pindaan 1989) boleh dihukum denda RM5,000.00

Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan berkata ketika merujuk berita yang tersiar dimedia portal The Sabah Insider pada 28 November lalu yang bertajuk: “Gara-Gara Makan Ikan Suntikan Air Mayat Ramai Penduduk Sabah Akan Mati”


Perkara ini jangan  dipandang remeh oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Perikanan  dan Jabatan Kesihatan harus memantau sebelum merebak dan jadi ikut-ikutan penjual ikan yang lain dan amat berbahaya jika manusia terus menerus memakan ikan-ikan yang disimbah dengan air mayat boleh memuderatkan kesihatan manusia terutama sekali mereka mudah mendapat kancer” katanya lagi.

KALI KDUA BERITA PALSU TERSEBAR LUAS PERTAMA EBBY YUS DAN KEDUA JALALUDDIN HASSAN DIDAKWA MENINGGAL DUNIA

Tuesday December 01.2015



OLEH: AZMIE AZMAN

SEBAGAI media portal seharusnya tidak  menyiarkan berita-berita palsu yang menjadi viral untuk mengaibkan seseorang seperti tentang kematian seseorang sedangkan orang yang diberitakan mati masih waras hidup dalam sihat sejahtera.

Empat hari lalu orang ramai khususnya para peminat seni lakunan telah digemparkan berita kematian seorang pelakun terkenal veteran iaitu Datuk  Jalaluddin Tan Sri Hassan berita itu menjadi viral meluas tersiar di beberapa portal yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu seumpama itu.

Sebenarnya yang meninggal dunia adalah abangnya Datuk Fuad TanSeri Hassan dan bukannya Jalaluddin seperti yang tersebar luas.


Pengerusi Ahli Lembaga porta The Sabah Insider Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan (gambar) turut terkejut dengan berita ntentang kematian Jalaluddin Hassan.

Dan ini adalah kali kedua media portal menyebarkan berita palsu pada bulan Oktober lalu dimana seorang pelawak veteran Ebby Yus yang dimasukan ke wad  Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu kerana radang paru-parunya bermasalah juga dikhabarkan meninggal dunia.
 
“Saya amat kesal tindakan dan perbuatan beberapa media portal yang sengaja membuat berita-berita palsu itu yang bertujuan untuk mempolaritikan media portalnya di mata para pembaca sehingga tergamak membuat berita palsu” tegasnhya.



HAMIDAH OSMAN DIPECAT DARI UMNO MUHYIDDIN DAN SHAFIE ABDAL BAKAL MENYUSUL KEMUDIAN PEMBUANGAN.


Tuesday December 01. 2015

OLEH: NURLIAYA ABDULLAH

DALAM  Islam soal keadilan itu tidak memilih sesiapapun baik terhadap manusia sesama termasuk haiwan dan dan binatang.

Keadilan memang perjuangan semua orang dan merupakan ajaran Islam sebab tanpa keadilan baik dalam rumah tangga atau kepimpinan negara akhirnya akan punah dan binasa.

Saya lihat dalam UMNO ada sesuatu yang pincang bila melibatkan wanita dan jelasnya kesan Hamidah Osman bersuara latang kepimpinan UMNO pecat beliau dan memang ini di luar jangka.

Saya bersetuju jika memang dia melanggar peraturan-peraturan  parti atau tidak beretika ketika melontar kenyataan tetapi jangan lupa Tan Seri  Muhiyidin Yassin  dan Datuk Shafie Abdal  apdal lagi lantang banding Hamidah tetapi hingga sekarang tiada pula tindakan.

Apakah kerana Hamidah seorang perempuan yang dianggap lemah dan Muhyddin juga Safiee tidak dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden lantaran kerana mereka lelaki?

Di mana sebenarnya keadilan yang diperjuangkan oleh UMNO bila memperkatakan hal ini?

Kaum wanita perlulah bersuara agar di mana-manapun keadilan itu harus ditegakkan kepada siapapun tak kira apa jentinanya baik lelaki, perempuan atau pondan@tomboy.
Salam

ULASAN EDITOR.

Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal akan disingkir juga sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung  8hb Disember ini.


Ini adalah dasar dan polisi UMNO di bawah pimpinan Najib sesiapa yang tidak satu kepala denganya dan  kuat mengkritik apa juga perbuatan songsangnya pasti akan jadi mangsa pemecatan dari UMNO>


Kita lihat akan nasib Muhyudin dan Shafie pada masa terdekat ini pastinya kedua-dua tokoh ini juga akan dipecat dari UMNO.

PERKASA DESAK KERAJAAN BN ARAH TUTUP SJK(C) DAN SJK(T) UMNO/BN BAKAL TUMBANG PRU14 NANTI

Tuesday December 01. 2015

OLEH: KARUNAN A/L MUTHU SAMMY

PUTRAJAYA:- Persiden  PERKASA Datuk Ibrahim Ali meminta dan mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak  supaya menutup dua buah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T) di Negara ini.

Sekiranya Kerajaan BN pada hari ini menuruti kehendak  Ibrahim Ahli ini adalah bertentangan dengar  dasar-dasar  perkongsian  kuasa dalam pembentukan pemerintahan khusushnya kerajaan di peringkat persekutuan.

Memang ramai para penyokong UMNOpun telah setuju cadangan Ibrahim Ali untuk menutup dua buah sekolah berkenaan kerana kebencian orang-orang Melayu terghadap bangsa Cina dan India semakin ketara kalau boleh mereka akan hapuskan dua bangsa ini di muka bumi Malaysia.

Kata Ibrahim lagi, Putrajaya mesti menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia menghalang perpaduan negara, dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran, gesa satu gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Melayu.

Melalui satu Memorandum Perpaduan Negara, mereka berkata hari ini, Putrajaya boleh menutup mulut mana-mana kumpulan pendidikan "radikal" yang menentang langkah itu, seperti Dong Zong, melalui ancaman membatalkan pendaftaran mereka.


"Ketegasan ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di Malaysia," menurut memorandum itu yang dirangka sebuah jawatankuasa dipengerusikan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

"Jika cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan Malaysia mesti mengkaji semula pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa pendaftaran mereka tidak patut dibatalkan.

"Dalam erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya."

Memorandum itu menggesa Putrajaya menjelaskan kepada rakyat kaitan antara Dong Zong dengan "Suqiu", sebuah "pergerakan ultra-chauvinis" Cina yang pernah membuat 83 tuntutan dari Putrajaya pada 1999.

Katanya, Putrajaya tidak harus tunduk kepada tekanan dari aktivis pendidikan bukan Bumiputera.

"(Sekolah vernakular) bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di Malaysia.

"Inilah sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.

Memorandum tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.

Kumpulan itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Bagaimanapun, dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.

"Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama  kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya

Tujuan Ibrahim Ali mencadangkan kepada kerajaan BN/UMNO suruh menutup sekolah SJK(C) dan SJK(T) adalah bertujuan niat jahat supaya orang-orang cina di Negara ini termasuk ahli-ahli MCA dan ahli-ahli MIC juga Gerakan tidak akan mengundi kepada calun-calun BN pada PRU14 nanti.


Ini saja jalan terbaik untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO dengan menutup kedua-dua buah sekolah berkenaan.

SALAM TAKNIAH BUAT KELUARGA YUSSRY EDOO PELAKUN-PELAWAK



Monday November  30. 2015

UCAPAN TAKZIAH


Salam Takziah Untuk Keluarga Yussry bin Edoo Pelakun-Pelawak yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi semogga rohnya ditempatkan orang-orang beriman...amin.


DATO SERI PADUKA DR  KEMELLIA HASSAN
PENGERUSI AHLI LEMBAGA
THE SABAH INS8IDER.NET


  























JUN PACIFICO ABDULLAH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)
THE SABAH INSIDER.NET

CHARLES P ANDIANG
CHIEF EDITOR
THE SABAH INSIDER.NET

SHAIMON S JUMADI-BSK
PENGARANG KANAN
THE SABAH INSIDER. NET

THOMAS SUNGGIUK
WARTAWAN KANAN (KK)
THE SABAH INSIDER.NET

AZMIE AZMAN (SDK
PEMBERITA SAMBILAN
THE SABAH INSIDER.NET

KURAPAN A/L KAPANAUN (KK)
PEMBERITA  SAMBILAN
THE SABAYH INSIDER.NET
  
KAMARUL ZAMAN (KL)
WARTAWAN KANAN
THE SABAH INSIDER.NET

ISMAILY BUNGSU (KK)
PENULIS -PENYUMBANG SAMBILAN/BEBAS
THE SABAH INSIDER


























NURLIYANA ABDULLAH (KK)
PENULIS-PENYUMBANG BEBAS
THE SABAH  INSIDER

PENYELEWENGAN SYARIKAT KONTRAK KENDALI STESEN HIDROELEKTRIK 18MW SABAH TANPA REKOD TERBONGKAR


Sunday November 29.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
ADMIN DAP

SANDAKAN:-  Satu penyelewengan terhadap sebuah syarikat yang didakwa misteri tanpa sebarang adanya rekod yang telah mendapat kontrak stesen hidroelektrik 180MW Sabah kini akhirnya terbongkar.

Syarikat tersebut yang memiliki syer sebanyak 60 peratus untuk mengendalikan stesen janakuasa tersebut kini didedahkan untuk pengetahuan rakyat jelata oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong dalam satu kenyataannya dengan portal online The Sabah Insider.Net malam tadi.


Dengan itu Wong mengutuk-kerasnya  sekeras tindakan mewujudkan stesen janakuasa bebas(IPP)ini, tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Sabah.

Beliau juga bertanya kepada menteri Datuk Maximus, mengapakah membenarkan syarikat yang misteri ini mendapat kontrak tersebut? Apakah kelayakan syarikat tersebut? Stesen janakuasa merupakan infrastruktur asas yang memerlukan kepakaran teknikal, syarikat yang mengendali stesen janakuasa semestinya syarikat yang berpengalaman dan professional, tetapi mengapa menteri memberikan kontrak yang begitu besar kepada syarikat yang tidak jelas latar belakangnya?

Wong berkata demikian dalam sesi perbahasan bajet peringkat jawatankuasa. Beliau berkata, dalam projek stesen janakuasa ini, kerajaan negeri dan SESB harus memiliki syer 40% masing-masing dan mengendalikannya bersama, bukan melanjutkan mod IPP, kerana terdapat banyak IPP di Sabah tidak diuruskan dengan baik, mengakibatkan kerugian dan gangguan bekalan elektrik berlaku, menjejaskan kehidupan rakyat jelata, ini membuktikan syarikat sebegini gagal dan tidak berupaya untuk mengendali stesen janakuasa.

Menteri menjawab, ia diserahkan kepada syarikat swasta kerana kos akan ditanggung oleh syarikat berkenaan, tanpa memerlukan wang kerajaan, tetapi Wong membantah dan berkata, sebelum ini menteri pernah mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan peruntukan untuk pembinaan, kini berubah lagi, kerajaan harus memberi penjelasan! Menteri tidak menjelaskan sebab syarikat tersebut dipilih, hanya menyatakan terdapat 6 syarikat tender dan syarikat tersebut telah berjaya.


Wong juga bertanya, adakah projek tersebut melibatkan pengambilan tanah rakyat? Sekiranya adalah tanah hutan simpanan, adakah laporan penilaian persekitaran telah dibuat? Kata Wong, kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat, pastikan ini bukan projek kayakan kroni, dimana pihak kroni mengaut keuntungan banyak tetapi kualiti janakuasa dan perkhidmatan kurang memuaskan, sehingga mengalami kerugian dan gangguan bekalan elektrik berlaku, sama seperti IPP di Sandakan yang tidak diuruskan dengan baik dan telah berhenti, menyebabkan kawasan Sandakan sering mengalami gangguan elektrik.
Menurut menteri, syarikat berkenaan memiliki syer 60% , manakala kerajaan negeri dan SESB memiliki syer 20% masing-masing.

Wong mengkritik, IPP bukan sahaja tidak dapat menjalankan tugas janakuasa dengan baik, malah menyebabkan Sabah sering mengalami gangguan bekalan elektrik, banyak perjanjian yang tidak adil menyebabkan kerajaan negeri dan SESB harus memberikan jumlah peruntukan yang banyak kepada stesen janakuasa berkenaan, menyebabkan masalah bekalan elektrik Sabah semakin teruk, dan tariff elektrik semakin tinggi, kelemahan-kelemahan yang berlaku di sepanjang proses penghantaran dan penjanaan kuasa elektrik harus diperbaiki.

Wong berkata, negeri Sarawak tiada IPP dan tariff elektrik mereka adalah 40% lebih rendah berbanding dengan negeri Sabah. Stesen janakuasa Sarawak dimiliki oleh syarikat elektrik Sarawak SESCO, oleh itu penjanaan sehingga penghantaran bekalan elektrik dapat dikawal dengan baik, memastikan bekalan elektrik dan pengurusan kewangan dapat diuruskan dengan baik. Disebabkan tiada IPP, maka tariff elektrik lebih rendah dan sistem penghantaran elektrik lebih baik, Sabah harus mencontohi bahagian ini.

Kata beliau, Datuk Maximus selaku ahli Parlimen Kota Marudu, harus mengutamakan kepentingan Sabah, melindungi hak dan kepentingan rakyat dan memastikan rakyat dapat menikmati bekalan elektrik yang baik, bukanlah membiarkan IPP menelan semua keuntungan. Wong meminta menteri menyerahkan semua kontrak IPP kepada kerajaan negeri dan SESB, supaya bekalan elektrik Sabah dapat dipertingkatkan.

Selain itu, beliau juga bertanya tentang perkembangan stesen janakuasa Geotermal di Tawau. Projek stesen tersebut sepatutnya bermula pada tahun ini, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang berita, dan pokok-pokok di kawasan perhutanan di sekitarnya telah ditebang, Wong meminta kerajaan menjelaskan perkara ini.

Akhirnya, memandangkan SESB akan mendapat peruntukan sebanyak RM328 juta dalam bajet 2016 dan peminjaman sebanyak RM178 juta, Wong minta kerajaan jelaskan kegunaan peruntukan tersebut, dan cara-cara mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik Sabah, serta rancangan kerajaan terhadap masalah bekalan elektrik di Sabah pada tahun depan.


Wong berharap SESB dapat memperbaiki masalah penghantaran elektrik di Sabah dan menstabilkan bekalan elektrik, serta menjamin tidak akan menaikkan tariff elektrik, membebankan rakyat

PAKATAN HARAPAN SIAP SIAGA HADAPI PRU14 DIAMBANG PINTU


Sunday November 29.2015

( kesan PRU di depan pintu)

OLEH: ISMAILY BUNGSU

SAYA perhatikan jawatankuasa  penerangan di cabang masing-masing  kurang berfungsi dan harus kena gerak cepat pantas untuk angkat ISU di daerah/Cabang masing-masing  dan ketua-ketua  cabang kena ambil perhatian ini. 
Sehingga kini saya kurang menerima bahan-bahan yang menjadi isu boleh menaikkan nama parti dan ini kena ambil perhatian secara serius.

Saya tahu banyak bahan-bahan di daerah/cabang yang didiamkan saja dan tidak sampai ke negeri atau kebangsaan dan akhirnya tanpa rakyat lain tahu..

Misalnya isu tanah, jalanraya, paip, letrik dan sebagainya.
Memang sudah ada bahan-bahan  yang kita terima tetapi tidak menyeluruh dan ianya harus menjadi bahan sebaran harian untuk kita perlihatkan kepada rakyat seluruh Sabah.

Saya sudah sediakan banyak sangat group PKR di seluruh Sabah dan Sarawak yang ahlinya berjuta tetapi saya perhatikan kurang penglibatan penerangan di cabang-cabang  untuk mengangkat isu kecuali seorang dua dan inilah kelemahan kita.


Saya perhatikan adalah di group Watsapp tetapi itu hanya ahli-ahli  kita sendiri yang berbalas hujah dan ini sebenarnya tidak banyak mempengaruhi pembaca/pengundi yang kekadang akhirnya kita SYOK sesama sendiri.

Sepatutnya bahan-bahan  yang ada di Watsapp dihantar oleh teman-teman itu harus disebarkan di semua group-group facebook seluruh Sabah dan Sarawak agar dibaca oleh rakyat ramai dan terserah sama mereka untuk menentukan parti mana mereka mahu undi.

Kita harus bijak menggunakan kesempatan yang sedia ada dan laman sosial saja yang boleh membantu kita sebab banyak negara di timur tengah lingkup kerana sebaran-sebaran  yang demikian sampai ke hadapan rakyat.

Semuanya sudah tersedia, lalu kenapa kita tidak menggunakan kesempatan yang ada ini? kenapa harusnya hanya menyebar di kalangan kita sesama kita?

Saya harap ini diambil perhatian secara SERIUS dan yang berkenaan kena lipat ganda usaha untuk memenangi hati rakyat demi menang bergaya.


AWAS PENGAIT MEREKA MENAIKI KERETA PROTON HITAM SD 3578K DAN VAN PUTIH ST 5076



Sunday November 29.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Berita tentang wujudnhya pengait kini telah menjadi viral di laman-laman social dan dimedia-media portal online yang melibatkan seorang perempuan sebagai spy pengait.

Perempuan yang didakwa sebagai spy pengait itu dikatakan pandai memujuk rayu dia pura-pura pergi kerumah untuk minta permisi pergi ke tandas (jamban) untuk membuang air kecil (kencing).l

Kemudian tiba-tiba datang tiga lelaki meluru masuk ke dalam rumah untuk membawa sesiapa orang dalam rumah itu yang dapat ditangkapnya.

Mereka dikatakan menaiki kereta Proton warna hitam SD 3578 K dengan sebuah Van warna putih ST 5076 sekarang mereka berada dan berpangakalan di batu 7 Jalan Airport Sandakan dan sering berkeliaran di Taman-Taman perumahan terutama sekali Tamanh Mesra.

Pengait ini dikatakan kalau mereka mendapat mangsa kepala mangsa akan dipotong kemudian diambil organ dalam badan untuk dipasarkan ke luar Negara.

Jika benar apa yang didakwa memang wujud pengait sila  buat  laporan polis yang berhampiran.

Setakat ini Wartawan The Sabah Insider belum menerima apa-apa berita tentang kehilangan anak-anaki ataupun budak-budak yang menjadi mangsa pegait itu, walau bagaimanapun anda harus bgerhati-hati juga






GEMPAR BERITA PALSU DAKWA PELAKUN VETERAN JALALUDDIN HASSAN MENINGGAL DUNIA


Sunday November 29.2015

OLEH:-KAMARUL ZAMAN

KUALA KUMPUR:- Satu lagi berita palsu yang telah disebarkan oleh media-media portal online yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan pelakon terkenal veteran Datuk Jalaluddin Tan Seri 

Hassan telah meninggal dunia akibat rebah di tanah kuburan.
Berita tentang kematian Jalaluddin ini menjadi viral di laman-laman social dan sebelum ini berita kematian pelawak terkenal Abby Yus juga dikatakan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang tersebar meluas di laman-olaman social FB dan media portal.

Dengan ini pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan merasa  kecewa dengan tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu beliau sudah menemui ajal di laman sosial.

Ketika berita itu tersebar, Jalaluddin yang berada di rumah terkejut apabila telefon bimbitnya menerima bertalu-talu panggilan daripada rakan.

“Saya sedang berurusan dengan sebuah produksi mengenai projek yang bakal dijayakan melalui telefon. Jadi, saya tidak menjawab beberapa panggilan yang masuk pada waktu sama.
“Rakan yang gagal menghubungi saya mula berasa bimbang.

Apabila gagal mendapatkan saya, mereka menghubungi isteri saya. Tetapi, hendak dijadikan cerita, isteri juga tidak menjawab panggilan telefon kerana sibuk melayan cucu,” katanya kepada  Wartawan The Sabah Insider di Kuala Lumpur.

Jalaluddin berkata, sebaik selesai berbincang dengan pihak produksi, beliau berpeluang menelefon seorang rakannya.

“Sebaik mendengar suara saya, rakan saya terus menangis. Saya terkejut dengan reaksinya itu dan bertanya apa yang berlaku. Rakan itu beritahu mengenai berita penyebaran kematian saya.

“Kerana gagal menghubungi saya, rakan saya yang ketika itu berada di Kuala Kangsar, segera berkemas kerana mahu datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saya,” katanya.

Jalaluddin berkata, pada mulanya beliau tidak ambil pusing dengan penyebaran berita kematiannya itu.

“Tetapi apabila terlalu banyak panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsaap yang masuk daripada rakan seperjuangan, termasuk pihak produksi dari Singapura dan Brunei, saya jadi kecewa dengan mereka yang menyebarkan berita palsu ini.

“Mereka menyusahkan rakan saya hingga emosi mereka terganggu. Bagi saya, orang yang menyebarkan berita itu rendah budi pekertinya. Apa perasaan mereka jika perkara sama terjadi kepada keluarga mereka?” katanya.
Lebih mengecewakan Jalaluddin berkata, bukan saja dirinya, malah bapanya, Tan Sri Hassan Azhari dan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, turut didakwa meninggal dunia pada hari sama.