WAJAR RAKYAT BISING-BISING LAUNGKAN SABAH BOLEH SABAH FOR SABAHAN

      

OLEH: E SORAYA EGG
Tuesday August 30/2016

1.UMNO di Semenanjung berpecah, siapa pernah menyangka berpecah sebegitu teruk dan Sabah sudah mulai tahap kesedarannya terhadap hak mereka semakin tinggi.

2.Apakah kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan kestabilan politik di Malaysia Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar dibetulkan?

3.Dalam situasi ini kita tidak perlu dibuai dengan janji tetapi harus memperkemaskan diri untuk memperbetulkan langkah politik yang silap yang diambil oleh pemimpin terdahulu seterusnya membentuk satu kuasa politik sebagai benteng kuasa tawar-menawar yang berkesan dan suara kita dihormati dan dihargai.

4.Kita hanya menuntut hak kita, Simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk pembangunan di Malaysia Barat semasa era-era pemerintahan sebelumnya. Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.

5.Selama 53 tahun Sabah bagai hamba menagih janji selaras dokumen perjanjian penubuhan Malaysia dimana hak hak kita perlu ditunaikan tetapi sebaliknya malahan ada yang diselindungi dengan berbagai alasan.

6.Adalah tidak adil bagi Sabah semasa UMNO di ambang sakaratul barulah mendengar sedikit keluhan rakyat Sabah dan hak mereka sudah mulai ditanggapi yang sepatutnya sudah dinikmati telah lama dulu.

7.Sebenarnya kita amat berterima kasih kepada aktivis politik,ngo dan individu yang tak pernah putus asa terus mendesak putrajaya terhadap tanggungjawabnya.

8.Keberkesanan pemimpin dan kerajaan Sabah sekarang adalah dianggap gagal kerana sejak 1994-2016 hanya menimbul koleksi persepsi negatif dan semakin jauh di hati rakyat.

9.UBAH SABAH,SABAH BARU adalah satu harapan baru rakyat yang diterajui oleh pemimpin SABAH FOR SABAHAN mendepani zaman pengemudi negeri.....