KENAPA KEADILAN TIDAK MEMERINTAH?


( menyatakan itu takdir sama sekali tidak benar)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Thursday August 18/2016

MEMANG akhirnya apa saja yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita ialah Allah.
Tetapi jangan lupa Allah suruh kita berusaha dan berdoa dan apakah kita sudah berusaha dan berdoa dan mengkaji segala kelemahan sebab-sebab kita gagal?

Ramai yang menyatakan bila Keadilan gagal di PRU-13 dan PRU sebelumnya selalu ramai yang menyatakan itu memang takdirnya dan bila disebut takdir makna seolah kita ini tidak perlu berusaha dan ini jelas salah.

Sebenarnya orang Islam yang selalu menyatakan takdir menentukan semua nasib adalah berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri sebab mana mungkin Nabi Muhammad s.a.w berperang dalam 72 medan pertempuran untuk meneggakkan ugama Islam.

Kenapa umat Islam seluruh dunia lemah dan ada yang mundur dan jatuh dalam kehinaan selepas mereka mencapai zaman keagongan dahulu dan jawabnya jelas orang-orang islam tidak berusaha seperti yang diajarkan oleh Al-Quran itu sendiri.

Kita membaca sejarah Andalusia yang melahirkan Ibnu Kindi, Kaldum, Sina dan ilmuan yang hebat abad ke-4 hingga abad ke-11 dan ketika itu ilmuan-ilmuan di zaman itu cukup mengkaji isi al Quran dan sunah/hadis nabi sebaliknya sesudah abad ke-10 mereka tidak lagi melihat ajaran A-Quran itu dan di situ bermulalah masjid-masjid di Andalusia hanya dijadikan muzium dan tidak lagi menjadi pusat ilmu di dunia ketika itu.

Sebaliknya kesan Raja Peranchis ke-2 belajar di sana dan ia terjemah semua ilmu yang orang Islam cipta diangkut ke barat dan barat praktikkan ilmu itu, makanya barat yang gelap menjadi bercahaya dan ketika itu perkataan aljebra, zero dan segala ilmu sain, kedoktoran dan sebagainya yang dihasilkan oleh orang islam hanya menjadi kenangan abadi.

Nah, kembali kepada persoalan kenapa Keadilan masih gagal mengalahkan atau menumbangkan kerajaan BN yang jelas korup dan khianat, maka itu bukan kerana takdir dan bukan kerana kemenangan yang ditangguhkan tetapi kepimpinan yang ada tidak melihat kelemahan diri dan tidak berusaha secara lebih gigih.

Sebenarnya kenyataan orang-orang kita yang selalu menyatakan takdir itu menentukan segalanya hanyalah sengaja berdaleh atau mencari alasan menyalahkan takdir kesan diri sendiri tidak mahu akui kelemahan diri yang jelas berlaku di depan mata.

Napolen yang menakluki tiga suku bahagian Eropah pernah berkata " apa gentar kepada keadaan, akulah yang menentukan keadaan itu " katanya dan itu semangat yang cukup kental dan tidak menyalahkan takdir.

Kemudian saya merujuk juga semangat bangsa Cina yang mengganggap bahaya itu sebagai peluang dan beza dengan yang islam bahaya itu kalau dapat dijauhi dan kesan bahaya itu merupakan peluang maka akhirnya cina menjadi orang yang selalu berjaya dalam dunia perniagaan.

Makanya dalam politik juga demikian, ahli-ahli dan para pemimpin keadilan untuk mahu berjaya kena usaha lebih dan elak menunggu kuasa dari langit dan usaha dekati rakyat dan usaha menggunakan bahasa yang berhemah serta memujuk sebab petunjuk-petunjuk yang ditunjukkan oleh Nabi merupakan satu kunci usaha yang menjadikan kita berjaya.

Insya Allah jika segala petunjuk Nabi diamalkan disamping yang diajarkan melalui Al Quran di mana saja kita akan pasti berjaya dalam semua perkara dan tentu saja usaha dan doa amat diperlukan seperti diperintahkan oleh Allah.