MERUJUK KENYATAAN MENTERI


( Terkait yang disuarakan MP Kimanis)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

MEMANG peruntukan buat Kementerian Kemajuan Luar Bandat dan Wilayah  KKLW yang Datuk Seri  Shafie ketua berbilion/peruntukan untuk KKLW dan itu untuk seluruh negara bukan semata Sabah.

Sabah dan Sarawak termasuk semuanya dan DS kena lihat semua negeri dan harusnya adil kala bertindak.

Meski demikian Sabah dan Sarawak kena utamakan sebab Sabah dan Sarawak jauh sangat tertinggal terutama yang di luar bandar seperti Pitas, Kota Marudu, Ulu Kinabatangan dan sebagainya.

Negeri Sabah dikuasai oleh kepimpinan negeri bawah Musa Aman sementara DS Shafie hanya menyalurkan peruntukan ke Negeri dan itu kuasa kepimpinan negeri untuk laksanakan.
Yang jelas memang semua MP2 di Sabah dapat peruntukan dari KKLW yang DSSA ketuai.
\Perlu dijelaskan sebelum ini KKLW hanya disediakan peruntukan yang amat sedikit tetapi kesan DSSA duduki dan DSSA minta tambahan/diutamakan luar bandar maka peruntukan itu meningkat tetapi sesudah tahun2 selanjutkan peruntukan itu dikurangkan kesan masalah kewangan negara dan kes 1MDB sendiri.

Nah, peruntukan yang banyak kian berkurangan yang sedikit sebanyak menjadikan perancangan awal terganggu.

Disentuh kawasan Kimanis ini memang banyak peruntukan dibagi dan untuk MP sendiri ada yang melebih RM500,000 sepertinya dimusim lalu sekitar RM1.5 juta dan ini khas untuk MP Kimanis, sebalik dia lupa di sana pembinaan rumah PPRT, Jalan kampung, Tangki biru, letrik lebih puluhan juta dan ini barangkali terlepas pandang.

Meski demikian KKLW tidak boleh memberikan peruntukan yang sama kepada MP-MP tertentu di Sabah sebab ada di daerah memperlukan peruntukan yang lebih misalnya Kota Marudu keperluan air diutamakan RM100 juta tetapi terbantut 3 tahun kesan atasan mahukan kroninya mendapat itu kontrak dan MP Kota Marudu tahu keadaan ini.

Demikian juga Tenom yang jauh ketinggalan banding Kimanis yang agak baik sedikit dan banding daerah lain seperti Tongod, paitan, Kalabakan, Ulu Sipitang, Ulu Pitas dan sebagainya dan ini kita kena utamakan yang lagi mundur. Makna kena lihat keperluan semasa agar pembangunan seimbang dan untuk seimbangi hal ini memerlukan masa yang lama.

Selain peruntukan dari KKLW saya rasa kerajaan negeri bawah MUSA juga memang mempunyai peruntukan khas dan tentulah begitu senang MP Kimanis mendapatkan peruntukan banding MP-MP lain untuk mengadu kepada ketua Menteri Sabah.

Satu hal yang perlu dijelaskan di sini bahawa memang ada orang-orang UMNO dan bukan orang UMNO menemui DSSA sendiri di Kuala Lumpur untuk memohon peruntukan dan Shafie meluluskan berdasar keperluan semasa yang mendadak dan kemudian peruntukan itu disalurkan kepada pejabat daerah tetapi kesan yang berkenaan bukan kroni, maka ada yang ditangguh-tangguhkan dan kemudian diberikan kepada yang lain dan inilah masalahnya. Yang lain berusaha, yang lain potong dan dapat.

Kesan Sabah bukan kuasa Shafie  ketika ia duduki kerusi KKLW maka memang agak sukar tetapi terus juga peruntukan itu diberikan dan yang melaksanakannya ialah mereka yang berkuasa di Sabah dan DSSA tidak terlibat.