MUSUH KITA BN BUKAN SESAMA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday August 28/2016

SEJAK kebelakangan ini semacam ada kekhuatiran bila berbicara soal politik di Malaysia ini terutama di Sabah.

Di Sabah BN sengaja luluskan banyak parti dan para politikus kita pula begitu ghairah dan keghairahan itu kesan mahu duduki kerusi ketua parti.

Lalu, bila jadi ketua, itu tentunya menjadi tumpuan dan bila jadi tumpunan maka kita lihat akan ada tawar menawar/jual beli dan segala macam.

Berdasarkan apa yang saya katakan di atas ngamlah katanya Winston Churchill bahawa politik itu bukanlah satu permainan sebalik suatu bisnis untuk mencari keuntungan.

Banyaknya parti jika semua bersatu dan ada kesedaran diri untuk berkerjasama menumbangkan BN itu dikira positif dan terbaik sebalik kalau parti itu digunakan untuk berniaga, maka kita lihat namanya meraih kemenangan itu tidak akan terjadi dan kelihatannya rakyat dipermainkan dijadikan alat untuk kaya.

Seperti yang saya katakan itu satu hal diantara hambatan-hambatan  yang bisa meruntuhkan keinginan rakyat jelata dan hal lain yang saya perhatikan semacam tidak ada persefahaman kalangan pembangkang dan ini cukup mengecewakan sekali.

Dari segi penyatuan di kalangan pembangkang itu satu hal dan paling ketara sangat dalam parti sendiri bergigitan hingga saling kutuk mengutuk sesama dan hal kecil dibesar2kan hingga musuh nampak sangat TONG TAHI dihambur ke sana sini dan itu menjadikan musuh tahu segala kelemahan kita.

Saya melihat kalangan kita ini ramai yang sangat kuat bercakap tetapi tercipta sengketa api menyala, kritik mencemuh hina sesama dan hal semacam ini tidak baik untuk penyatuan menumbangkan musuh politik, sedang saya lihat usaha mengadakan kegiatan dan mendekati rakyat tidak dilipatgandakan dan ini cukup mendukacitakan sekali.

Ada lokasi-lokasi yang memang bergiat sepanjang masa dan ada saja laporan kegiatan diperhatikan dan itu satu usaha yang baik tetapi hanya beberapa lokasi saja aktif sedang yang lain semacam tidur dan tidak berbuat apa-apa atau saya perhatikan ala kadarnya sahaja.

Nah, keadaan yang semacam ini cukup merisaukan dan barangkali kalangan yang duduki kerusi parti harusnya semula melihat diri dan harus bergerak seakrap mungkin secara bersama dan bukan hanya sebuk di whatsapp di kalangan orang sama sedang rakyat yang mengundi jarang diakrapi dan akhirnya siapa yang awal mendepani mereka maka itulah yang selalu mendapat tempat di hati mereka.

Saya fikir kita harus merubah sikap dan semua kalangan kita harus berfikir dan berjiwa besar untuk menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim dan kita kena bina tembuk keutuhan bersama melalui kata berpakat, sama bergerak menuju puncak.

Usaha buang sikap-sikap yang negatif dan usahalah berbaik kepada semua orang dan musuh2 politik itu harus diutamakan dan menghentam sesama kita bukanlah satu perbuatan yang baik malah itu akan merosakkan dunia politik kita dan tidak hairan jika di PRU14 BN bakal gagal ditumbangkan.


Berkerja keraslah dan usaha dekati dan perbaiki bubungan dan musuh kita ialah BN bukan sesama kita dan kalau kita tidak berjiwa besar dan masih membicarakan yang kecil-kecul alias sepele antara kita dan jelasnya tidak akan membawa kejayaan dalam apa saja perjuangan untuk menjejakkan kaki di puncak nanti.