RESAPI MAKNA 31 AUGUST 1963 HARI KEMERDEKAAN


OLEH: SORAYA KIGIS
Rabu Ogos 31/2016

1.HARI yang amat mengelirukan ada yang tidak faham apa sebenarnya dirayakan oleh rakyat terutama Sarawak pada hari ini.
Apa yang kita dihidangkan sambutan hari kebangsaan negara tetapi Malaysia ujud pada 16 September 1963.

2.Kini kita berada di Kota Marudu dan tahun lepas di Kundasang untuk menyambut kemerdekaan Sabah yang jatuh pada 31 Ogos 1963,apa kesilapannya rakyat Sabah merayakan hari kebebasan mereka dari penjajahan British pada tarikh ini yang ke 53 tahun. Adalah paling malang dan menyedihkan hati sebilangan penduduk negeri ini,larangan dan tidak diikitraf oleh kerajaan malahan permit untuk berhimpun mengingati masa lampau dan menghormati jasa jasa pemimpin yang terdahulu yang berkorban demi negeri Sabah tidak dilayan.....

3.Kalau hanya semangat tanpa kita melihat ke hadapan dan merenungi kembali kesilapan yang lampau tidaklah membawa makna pada solidiriti kita tunjukan pada hari ini kalau hanya pentas untuk menanam populariti dan mencari pengaruh demi keuntungan untuk kumpulan dan diri sendiri.

4.Pemimpin pemimpin pejuang rakyat Sabah sudah dianggap matang setelah menjangkau kemerdekaan ke 53 tahun dan mengalamai empat pertukaran kerajaan negeri dan kebanyakan mereka masih dalam sap sap parti pembangkang hari ini, terus berjuang walau beberapa kali masuk bertarung tetapi tewas di tangan parti yang berasal dari luar.

5.Apakah ranjau sepanjang jalan ini tidak cukup menginsafi diri mereka mencari satu jalan yang tanpa onak dan duri agar harapan rakyat yang dahagakan kebebasan dari neo-penjajahan spritual dan mental terbebas untuk menikmati erti kemerdekaan yang hakiki.

6.Simpatilah pada rakyat yang berharap pada pemimpin,gandinglah tangan dan letaklah mereka ke tempat yang selayaknya. Pada masa yang sama pemimpin juga perlu mengoreksi diri di antara mereka dan mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mencapai matlamat yang diharapkan oleh rakyat.

7.Rentasi halangan agama,bangsa,suku,budaya dan kepentingan untuk memecahkan blok penyatuan pemimpin dan parti tempatan untuk berhadapan dengan parti gergasi yang jauh lebih sempurna dan kuat dari kita tapi yakinlah semangat yang kekar dengan kepimpinan yang berkesan InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada kita.

MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA