PAKATAN HARAPAN (PH) PKR VISINYA AUTONOMI


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Saturday  August 13/2016

PERJUANGAN Keadilan/PAKATAN HARAPAN (PH)  sudah jelas untuk Sabah ialah ke arah autonomi sesuai dengan perjanjian 1963 itu.

Perjuangan ini telah dinyatakan melalui forum yang Keadilan anjurkan bertempat di Hotel Palace dan kemudian DS Anwar sendiri telah bersetuju menyatakannya ketika menyampaikan ucapan di perayaan 16 September di halaman pejabat parti Keadilan di Jalan Lintas Kota Kinabalu.

Setiap kalangan kita atau rakyat kena faham intipati Perjanjian 63 itu dan secara tidak langsung Sabahan akan berkuasa terus terhadap negeri sendiri dan itu bermakna Kuala Lumpur tidak akan akan berkuasa lagi seperti pemerintahan BN sekarang.

PH/PKR belum memerintah dan keadaan itu tidak boleh disamakan dengan cara kepimpinan BN yang semacam menjajah di Sabah dan ini kena faham hakikat sebenarnya dan PH juga tidak boleh dijadikan contoh sama seperti BN menjajah Sabah/Sarawak.

Rasanya parti lokal kena faham bahawa di PRU14 ini parti-parti lokal di Sabah tidak akan mampu mengubah kerajaan dan jauh menunutut autonomi selagi gagal meraih lebih 112 kerusi MP nanti dan itu terbukti bila mana parti lokal pernah memenangi kerusi2 DUN Sabah di PRU tahun 1985.

Tidak boleh tidak parti lokal kena berkerja dengan PH untuk sama menumbangkan BN dan tanpa kerjasama kerajaan BN akan terus muncul sebagai juara dan semula mentadbir Sabah dan Negara Malaysia.

Bersatu kita teguh dan berpisah tetap kalah dan kita mahu Sabah berubah wajah dengan slogan Sabah-Ubah.


No comments:

Post a Comment