MUKTAMADKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA.


OLEH: E SORAYA EGG
Monday August 29/2016

1.OGOS pada setiap tahun, timbul persoalan tarikh kemerdekaan Malaysia. 31 Ogos, ramai yang mempertikaikan tarikh tersebut dan mengatakan Malaysia sebenarnya hanya merdeka pada 16 September 1963.

2.Persekutuan Malaya dimerdekakan dari British pada 31 Ogos 1957,Sabah pada 31 Ogos 1963. Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963.(ingat fakta ini)

3.Fakta sejarah Malaysia adalah sebuah negara baru tidak pernah dijajah atau dimerdekakan,satu Persekutuan baru yang dibentuk bersama oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya secara rasmi pada 16 September 1963 (Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965). melalui perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

4.Malaysia sebuah gagasan baru terbentuk pada 16 September 1963 dan bukannya 31 Ogos .Tidak ada “kemerdekaan” atau hari Malaysia yang harus diraikan pada setiap tahun kerana Malaysia dibentuk dan bukan dimerdekakan.

5.Kemerdekaan” Malaysia pada 31 Ogos, selama ini telah mencabuli fakta sejarah sebaliknya hanya meraikan Hari Malaysia pada 16 September atau diisytiharkan sebagai Hari Kemerdekan Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan fakta sejarah sebagai penyelarasan tarikh ketiga tiga negara bergabung sebagai negara dan bangsa baru yang dipanggil Malaysian.

6.Penggunaan istilah‘Hari Kebangsaan’ setiap 31 Ogos tanpa memasukan bilangan ulang tahun sambutan bukan menyelesaikan isu dan fakta kerana timbul persoalannya tarikh 31 Ogos apa realiti sebenar yang berlaku di negara kita.

7.Selama ini rakyat dikelirukan Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos adalah tidak betul kerana Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan.

8.Perlu ingat fakta Sabah dan Sarawak tidak pernah bergabung dengan Persekutuan Malaya, tetapi turut membentuk Persekutuan Malaysia.

9.Kerajaan Pusat perlu melupakan ego mereka untuk mempertahankan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan tetapi berpaksikan kemerdekaan dalam konteks Pembentukan Malaysia pada 16 Sept.1963.

10.Kebenaran fakta sejarah tidak boleh diubah. Mengakhiri kekeliruan ini kerajaan wajar membuat satu ketetapan hari kemerdekaan dalam konteks pembentukan Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 16 SEPTEMBER KE 53.


No comments:

Post a Comment