MP BATU SAPI RASMI DEWAN TERBUKA SK KARAMUNTING

GAMBAR KELIHATAN……Linda (tengah) kelihatan menyempurnakan perasmian dewan terbuka SK Karamunting

OLEH: AZMIE AZMAN
Monday August 29/2016

SEKONG:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah merasmikan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting yang baru siap dibina.

Pembinaan bumbung dewan terbuka serta tandas sekolah telah dilaksanakan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Batu Sapi setelah Linda menerima permohonan dari pihak sekolah.

Linda berkata Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan asas  di sekolah-sekolah bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada pelajar.

“Kerajaan sangat menitikberatkan keselesaan serta kualiti pelajar dan akan memastikan ia tidak dikompromi ,” tambah Linda pada majlis yang telah diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Hadir bersama ialah Guru Besar Brahim Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Ibu  Bapa dan Guru (PIBG) SK Karamunting Shaninah Sani, para guru-guru , murid-murid  sekolah serta ibu bapa dan Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Linda turut menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) kepada murid sekolah. Beliau juga menyempurnakan penyerahan Zakat kepada seramai 100 orang murid.




No comments:

Post a Comment