MALAYSIA SUSAH KE DEPAN SELAGI ADA NAJIB


(kalau sauh sudah dilabuh)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday August 28/2017

KELIHATANnya ini Najib berbahasa aneh dan tidak mahu ke depan terus bertahan di lokasi sama. Tak hairan Malaysia jauh tertinggal dan Mymar, Vietnam sendiri bakal meninggalkan.

Dulu Korea jauh termiskin banding kita dan sekarang korea jauh sangat meninggalkan kita dan sama juga kalau dibandingkan dengan Singapura dan negara jiran di sekitar juga mula menjarakkan kita.

Kita bakal sama seperti Indon puluhan tahun lalu atau bakal teruk banding bangla, Mnymar atau filifina dan untuk bandingkan dengan australia, jepun, hong kong atau negara lain itu jauh sekali bezanya.

Bila sauh sudah dilabuh, lalu bagaimana kita mahu bergerak ke depan dan kesannya kita terus berada di lokasi sama sedang yang lain terus menuju ke sasaran negara maju.

22 tahun dibina oleh seorang Mahathir dan kesannya kita akan menjadi sebuah negara yang dibebani dengan hutang dan banyak harta negara telahpun digadai dan kita lihat kesan hutang tak dapat diselesaikan, maka kerajaan yang menjamin 1MDB kena bertanggungjawab.

Bila disebut kerajaan maka itu makna kita semua dan hutang itu merupakan hutang rakyat dan untuk membayarnya itu sebab kerajaan ambil secara paksa dari poket rakyat kesan GST dan tidak hairan GST bakal meningkat persennya.

Bersiap sedialah rakyat jelata yang baik hati dan terkenal sebagai dermawan kepada Vvip dan terbukti dana YAPEIM hasil derma ahli perniagaan dan derma orang perseorangan demi membantu anak yatim dan orang susah telah digasak dana itu dengan meletakkan ahli-ahli UMNO berkerja di sana dan dikira gaji juta setahun untuk beberapa orang termasuk ahli lembaga pengarah yang ambil kesempatan.

Sauh yang dilabuh harusnya kita bongkar di PRU14 dan kita ambil alih agar terus bergerak dan bergerak demi masa depan negara bangsa.