KINI RAKYAT JADI KETAKUTAN TINGGAL DI LAUT DIGANGGU ABU SAYAFF TINGGAL DI DARAT DI GANGGU OLEH ESSCOM TUKANG BAKAR RUMAH KAMPUNG


OLEH: KARUNAKARAN A/L MUTHUSAMMY
Thursday August 25/2016

LAHAD DATU:- Tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) yang membakar rumah-rumah penduduk Kampung Lobang dengan bantuan pihak ESSCOM lebih 200 rumah musnah telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk di Sabah.

Tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak kerajaan UMNO/BN ini telah menggambarkan  nyawa manusia di Sabah tiada nilainya  main suka-suka saja memusnahkan kehidupan orang  tanpa ada rasa simpati atau kesian ini kah sikap pemimpin UMNO kejam macam rejim Yahudi.

Selain rumah-rumah penduduk di roboh kemudian di bakar hingga membabitkan harta benda mereka yang sekian lama terkumpul termasuk beberapa buah kenderaan turut terbakar.

Kenapa dan mengapa para pemimpin UMNO/BN yang selama ini mendapat sanjungan tinngi oleh masyarakat tiba-tiba bertukar jadi ganas seperti anjing serigala.

Macam mana rakyat mahu hidup senang  lenang di laut sentiasa di ganggu oleh pengganas Abu Sayaff  sementara tinggal di daratan pula  mereka telah di ganggu oleh ESSCOM  habis rumah-rumah di bakar.

Jelas ESSCOM sekarang jadi pengganas  di darat  rakyat kini jadi ketakutan yang tinggal dirumah-rumah setinggan atau rumah-rumah di kebun  memang akhirnya  di bakar oleh ESSCOM atas arahan para pemimpin tertinggi UMNO/BN yang mahukan mendapat tanah-tanah tersebut  itulah motif sebenarnya kenapa para pemimpin UMNO beriya-iya menyuruh pihak majlis-majlis tempatan membakar rumah-rumah sama ada diatas air atau di darat sebab mereka mahu ambil tanah-tanah tersebut dengan cara begini baru mereka dapat tanah setelah penduduk-penduduk kampung berkenaan lari dari tempat itu.


Main kotor UMNO/BN cukup bijak bagi mereka biar ahli-ahlinya mati rentung dalam tragedy kebakaran  asalkan  para pemimpin UMNO/BN dapat tanah yang sekian lama diidam-idamkan.