DAP TERUS BERI BANTUAN GOLONGAN MISKIN PENDUDUK KG SIM-SIM......FRANKIE POON



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday August 15/2016


TANJUNG PAPAT:- Sebahagian penduduk Kampung Sim-Sim  mendapat pembelaan dari beberapa aspek daripada parti DAP Kawasan Tanjung Papat.


Kelmarin  Timbalan Setiausaha   DAP  Sabah  yang juga selaku Ketua CLC DAP  Tanjung Papat Frankie Poon telah memberi sumbangan eshan  kelengkapan pembinaan rumah baru  kepunyaan Osman Jouni di jambatan 22 kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim dekat sini.



Bantuan tersebut bertujuan untuk membantu Osman yang kurang berkemanpuan  untuk mendirikan rumah baru kerana kos kelengkapan sekarang harganya terlalu tinggi.


Sejajar dengan perjuangan DAP yang berkonsepkan parti berbilang kaum  wajar menyalurkan apa saja bentuk bantuan kepada penduduk setempat jika diperlukan.

Sementara Biro Hal Bumiutera DAP Sandakan Basit Hj NC Osman menyelar  terdapat  beberapa orang di kalangan masyarakat Islam  yang sentiasa memberi gambaran negative  dan tomohan dilemparkan kepada para pemimpin DAP kononnya DAP adalah parti anti Islam.

“Sebebenarnya tuduhan melulu itu yang disengajakan untuk memburuk-burukkan  untuk menjatuhkan reputasi perjuangan DAP yang sebenar.

“ Saya tidak nampak pemimpin DAP anti Islam malahan sebahagian Umat Islam  di Sandakan mereka rasa bersyujur dan berterima  kasih terutama kepada Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong Tien  Fatt yang terlalu banyak memberi pelbagai bantuan kepada masyarajat Islam yang serba daif” katanya.






No comments:

Post a Comment