HADI AWANG…. SEKIRANYA UMAT ISLAM SERTAI UMNO-PAS MEREKA AKAN TERLEPAS SEKSA KUBUR TERUS MASUK SYURGA.



OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (KL)
Thursday August 11/2016
www///sabahinsider14.blogspot.com

KOTA BARU:- Pemuda DAP menyuarakan rasa kecewa mereka dengan sikap wakil rakyat PAS yang tidak mengundi bagi memilih speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Ketuanya Wong Kah Woh berkata, apa yang berlaku memaparkan “sikap sebenar PAS dalam pendirian politiknya”, yang didakwa hanya akan memenangkan BN dalam pilihan raya.
Katanya, sejak 2013, komposisi BN-pembangkang dalam DUN Perak adalah 31-28 dan jika PAS bersatu bersama, pembangkang mampu memberi cabaran kuat kepada BN.
“Walaupun pada hari ini PAS tidak berada di dalam Pakatan Harapan, tetapi sekurang-kurangnya pada namanya ia suatu parti pembangkang,
” kata Wong.“Akan tetapi, PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya membantu calon BN untuk memenangi pemilihan speaker dewan negeri Perak dengan lebih mudah.”
Kata Wong lagi ini jelas PAS memamg telah dilihat bekerjasama  fengan UMNO kerana Presiden PAS Hadi Awang sentiasa memuji-muji kepimpinan Najib yang telus dan jujur dalam menjalankan pentadbiran Negara.
Adakah hali-ahli PAS yang lain akan menyokong Hadi Awang dan PAS bekerjasama dengan UMNO pada PRU14   nanti hingga membentuk kerajaan gabungan antara PAS dan UMNO.
Sementara adakah ahli-ahli UMNO yang  lain juga  juga setuju jika UMNO dan PAS bersatu padu bentuk  kerajaan campuran.
 
Hadi berkata jika orang Islam mahu masuk syurga  bila mati nanti maka rakyat perlu menyertai parti UMNO atau PAS Allah telah bersabdah sekiranya orang-orang  Islam  masuk UMNO/PAS maka mereka terlepas seksa kubur dan terus masuk syurga di jaminan Allah kepada umatnya.




No comments:

Post a Comment