TAWFIK TINTINGAN SEPERTI BURUNG BEO

BAK SI BURUNG BEO
( namanya si Tawfiq dan yang lain jua)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday August 22/1016

ISU Sabah/Sarawak bersama bentuk Malaysia bukan baru. Isu ini sudah sekian lama. Sama juga bila kita perkatakan 20 perkara yang diusul oleh 5 buah parti dari Sabah itu tahun 1963.

ISU 20 perkara sebenarnya hanyalah Memorandum diusul ke PBB dan ianya sesudah ditapis ada dalam MA63 dan MA63 itulah yang sah dari segi undang2 dan itu faktanya.
 
20 Perkara ada yang sudah berubah kesan enakmen DUN Sabah luluskan.

Misalnya perkara 1 agama tahun 73 sudah DUN Sabah luluskan enakmen Islam agama Rasmi dan kemudian tahun 1986 Pairin/Dun lulus enakmen DYMM ketua islam Sabah. makna kes ini selesai sebab wakil rakyat Sabah sendiri lulus di DUN Sabah dan perlembagaan Malaysia hanya selaraskan sahaja.

Terbaru Tawfiq setuju Sabah/Sarawak bersama bentuk Malaysia dan bukan sertai Malaysia dan ini semua sudah tahu dan tidak perlu lagi dia ulang-ulang dan kelihatannya ramai kalangan ahli-ahli BN semacam burung beo main ikutan-ikutan tetapi sekian lama membuta tuli.

Tawfiq kata slogan SABAH FOR SABAHAN slogan bahaya seolah anti Semananjung dan kelihatannya Taufiq usaha bersilat kata tidak akui hakikat.

Hakikat sebenar Sabahan tidak anti semananjung, sebalik Sabahan marah kesan Sabah yang kaya kesan hasil sumber anugerah Allah sebalik kekayaan yang ada itu terserlah Sabahan menjadi TERMISKIN, pendidikan asas tersorot dan keperluan asas di Sabah seperti jalan, air paip dan letrik seperti di zaman batu. Apalah Tawfiq tidak mahu akui ini? Ingat Sabahan ini bodohkah orangnya?

Semananjung, sebalik Sabahan marah pemimpin2 UMNO yang korup dan asyik isi kantung mereka sendiri dan rata-rata pemimpin UMNO/BN korup tetapi tidak semua dan terbukti kekayaan mereka, anak-anak mereka, suku sakat melimpah ruah seperti kayanya anak tiri Najib. Apalah ini tidak diakui oleh mereka kalangan UMNO sendiri, malah kalangan UMNO yang baik tidak korup sama tidak suka cara itu secara diam tetapi mereka tidak berani lontar kata kesat diugut dan pecat atau gantung kesani susahlah cari makan.

Memang saya setuju kata Taufiq slogan sabah for sabahan itu berbahaya seolah kebencian saudara-saudara kita di Semanjung dan hakikat sebenarnya saudara-saudara di Semananjung juga tidak suka cara UMNO pimpin dan terbukti di PRU13 lalu 52% tolak BN dan hanya 47% saja undi BN dan itupun kesan Sabahan dan Sarawakian sendiri yang sokong BN terbukti 44 MP dari Sabah dan Sarawak yang menjadikan BN duduki putrajaya sebab ketika itu PR hanya tertinggal 33 kerusi MP. Nampak itu?

Hakikatnya bila Tawfiq setuju/suarakan yang Sabah sama bentuk Malaysia bukan sertai, maka secara tak langsung setuju MA63 dan bila setuju MA63, bukankah itu setuju Sabah for Sabahan kala MA63 makna sebuah wilayah yang berautonomi penuh samalah maknanya Sabah for Sabahan.

Hakikat yang kita perhatikan sekarang rata2 pemimpin Sabah yang duduki kerusi kabinet kelihatannya semacam burung BEO bersuara dan hanya main angguk-angguk untuk selamatkan kerajaan yang sudah nazak tetapi dalam masa sama hati mereka konon perjuangkan MA63 dan itu kita tahu kaki kanan mereka di Sabah dan kaki kiri mereka Najib peggang. Inilah hakikatnya.

Bila kaki kanan di Sabah dan kaki kiri Najib peggang makna mereka serba salah sedang hakikat sudah diketahui dan sebaliknya mereka tidak akan berani melawan Najib kesan termakan budi dan masing-masing nyawa mereka kena peggang dan contoh bila Bung Mohktar bersuara maka siap sedikit ia dikatakan salah guna kuasa dan samalah macam Muhyiddin sudah mula dibicarakan tong tahi dan tidak hairan Musa Hitam pernah berkata, kalau ia melawan siap ia sendiri dituduh meliwat sama.

Inilah ketakutan-ketakutan mereka dalam BN akan menerima nasib sama ke Sungai Buluh dan akhirnya terpaksalah menjadi si burung beo suaranya sudah diatur meski ekor penuh tahi babi.