KITA MASING-MASING ADA PERANAN


( kita jangan saling menghina)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday August 18/2016

 
MERUNTUHKAN UMNO/BN yang berakar umbi dan membudaya di kalangan bangsa kita bukan sesuatu yang mudah selain sesama kita yang usaha melakukannya harus ada ikatan silturahim yang benar-benar utuh.

Mereka yang dulu memang musuh politik kita dan sekarang sama visi itu harus terbuka kita terima tanpa apa-apa perasaan benci tidak suka sebab untuk kekuatan kita kena bersama bersatu sederap kaki melangkah sama kita bawa panji-panji dan bendera kecil laungkan kemenangan menggapai puncak jaya yang sama kita inginkan.

Yang dulu mungkin ada menyakitkan hati, lupakan saja dan biarlah menjadi sejarah silam yang dijadikan pengajaran/ingatan meski sukar dilupakan sebab kita harus berfikiran besar dan hebat bukan berfikiran kecil bagai katak bawah tin.

Nik Aziz pernah berkata syaitan juga kita terima menjadi kawan sebab yang kita anggap syaitan itu punya satu undi di PRU mendatang dan itu belum dikira suku sakat mereka, lalu undi syaitan cukup bermakna untuk menjadikan kita jadi juara dan sekaligus menumbangkan kerajaan yang zalim/ini harus kita sedari hakikatnya.

Itu sebab kita sesama kita ini masing-masing ada peranan dan laksanakanlah peranan itu dengan sebaik mungkin.

Seorang petani tentu sahaja usahanya menghasilkan bahan pertanian dan demikian juga nelayan kerjanya ke laut mendapatkan ikan. baik petani dan nelayan keduanya ada tanggungjawab yang tidak sama.

Lalu kalau sang petani mengatakan kepada nelayan konon nelayan tidak menghasilkan bahan pertanian maka itu benarlah sebab nelayan peranannya mencari ikan dan petani menghasilkan bahan pertanian.

Seorang peguam/pengamal undang-undang tentu ada tugasnya membantu rakyat dan demikian juga doktor gigi ada peranannya yang lain yang kekadang kita tidak nampak dan harusnya diperkirakan dan difikirkan sama dari semua sudut pandangan.

Penulis pula juga ada peranannya yang tentu saja banyak membaca, kaji, telaah, analisis dan kemudian menulis jadikan bahan untuk tatapan pembaca dan kemudian yang lain bantu sebarkan dan tentunya untuk turun ke halaman agar kurang banding dengan AJK parti atau politikus.

Penulis dan politikus dua perkara beda meski kelihatannya sama dan itu lebih kurang bedanya antara Penerangan dan Komunikasi dua perkara semacam sama sebalik berlainan dan itu yang harus difahami.

DSP Lajim Hj Ukin merupakan wakil rakyat dan sekaligus ketua parti. Sebagai wakil rakyat pembangkang memang bergaji tetapi gaji hanya sekitar RM10K sebulan dan membina/mendirikan parti bukan semudah yang difikirkan, apa lagi bila memikirkan Keadilan itu bukan parti pemerintah sebalik parti pembangkang yang banyak sangat halangan sang taukeh sukar mendekat.

Pernahkah kita fikirkan sewa pejabat keadilan itu lebih RM5,000 sebulan dan pernahkah kita memikirkan beberapa staf keadilan itu DSPL Lajim bayar sendiri kecuali seorang setiausaha kerja?

Tentu hal semacam ini tidak pernah difikirkan dan yang kita fikirkan dan yang lain fikirkan seolah menduduki kerusi ketua perhubungan MPN itu satu penghormatan yang dana mengalir seperti parti pemerintah dan itu silap dan salah sebalik satu beban yang kalau tak dikawal gunung bisa runtuh jadi merata padang jarang padang tekukur dan kepala bisa BOTAK.

Demikian juga kedudukan DSP Wilfred sebagai ketua parti PCS dan itu ia dirikan dengan dananya sendiri yang pasti dalam kepalanya bagaimana biaya perjumpaan di daerah-daerah dan bagaimana membiayai kos sewa pejabat di daerah dan nanti di PRU terfikir lagi soal deposit calon PRU ahli-ahli termasuk biayai ceramah dan sebagai sekurang sekitar 4-5 juta. Di mana sumber yang bisa didapatkan sedang PCS Sabah adalah parti yang melawan kerajaan BN tentu ramai taukeh akan takut mendekat.

Sama juga dengan peranan Shafie - DSSA kala keliling ke seluruh Sabah yang bakal menjelaskan keadaan kebobrokan kepimpinan BN bawah Najib dan belum apa dua minggu sesudah itu ia digelar BESI BURUK dan saya pula dikatakan menjaja besi buruk disamping digelar Keluang dan Seluang, juga dikata pernah kerja di DBP menghabiskan berjuta dana DBP dan ini semua fitnah belaka.

Nah, untuk menghimpunkan rakyat beribu tentunya juga perlukan biaya makan minum dan segala macam dan ini bukan mudah tentunya perlukan dana yang bukan sedikit yang kekadang kala difikirkan menangis tanpa air mata dan gunung yang tinggi kala dicangkul pasti akan runtuh jua nanti.

Makanya kita jangan saling menghina pemimpin kita yang siap sedia berkorban apa saja termasuk wang ringgit, tenaga dan tidak bersama keluarga siang malam sebalik terus bersama rakyat dan selamatkan rakyat.

Kita yang punya visi mahu menumbangkan BN dan selamatkan rakyat anak cucu cicit kita harus semua orang memainkan peranan untuk utuhkan perpaduan silaturahim sesama kita dan sesama kita kalangan pengikut Shafie Apdal DSSA/DSP Lajim /DAP/PCS sebaik-baiknya dan janganlah ada usaha lontaran kata-kata kesat dan keras dan usaha berbaik sangka dan utuhkan silaturahim sesama/hulur tangan dan kita semua menyatu bersama tumbangkan BN.

Kita bersatu kita kuat. Sebatang lidi mudah dipatahkan sebalik sebabat lidi kita jadi hebat dan BN pening kepala meski ada usaha pecah dan perintah.
Bersatu pasti kita gagah musuh gentar tetapi berpecah mudah mereka perintah dan mudah kita dihumban ke longkang jadi makanan sang harimau jahat dan jalang.

Untuk perubahan kena janji diri ikhlas berjuang ketepikan kepentingan diri dan jika terpilih jadi calon syukurlah dan jiika tidak kita harus sama menyokong siapa saja jadi pilihan.

Kita mesti ada perubahan dengan slogan Sabahubah, Sabah untuk sabahan, reformasi untuk perubahan Sabah Baru di bawah kepimpinan yang lebih telus berjuang untuk rakyat dan jika sama dan tidak jujur maka di PRU-15 kita sama kirim mereka ke neraka.

Salam bahagia dan usaha dan doalah ikat perpaduan silaturahim di kalangan kita sesama. Insya Allah di PRU14 nanti akan kelihatan sinar cahaya buat Sabahan/Malaysian yang kita cinta ini.
Salam kasih