EDITORIAL PORTAL THE SABAH INSIDER ONLINE MOHON MAAF TERBUKA KEPADA PIHAK MPT ATAS KESILAPAN FAKTA


BY ADMIN
Saturday August 27/2016

KOTA KINABALU:- Pihak Editorial  portal The Sabah Insider Online  meminta maaf secara terbuka kepada pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengenai penyiaran berita yang bertajuk” KERAJAAN UMNO/BN LEBIH KEJAM DARIPADA KERAJAAN REJIM YAHUDI BAKAR RUMAH AHLI-AHLI SENDIRI POLIS TUTUP MATA.

Atas kesilapan pihak editorial  kami tidak menyelidik dahulu fakta yang berkaitan  10 orang mati  rentung  di Kampung Ice Box Tawau itu dengan itu kami memohon maaf secara terbuka atas keslipan itu  kepada pihak-pihak yang berkenaan tentang  berita itu.

Pihak kami sudah menghubungi si pengirim berita iaitu Karunakaran A/L Muthusammy untuk dia menuntut maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu tetapi tidak dapat dihubungi.