20 PERKARA & MA63


( tak perlu forum/laksana terus)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

Add caption
SAYA akui fakta 20 perkara sebab itu usul 5 parti ke IGC dan setelah diteliti ia yang disetujui ada dalam PERJANJIAN MALAYSIA 63. Jadi, dari segi undang-undang antarabangsa yang diguna pakai ialah MA63 itu bukan 20 perkara.

20 perkara itu hanya memorandum yang ketua2 lima parti berbincang sama dan itulah ketetapannya tetapi jangan lupa kelima-lima parti itu juga yang meluluskan enakmen di DUN Sabah yang melupuskan beberapa perkara dalam 20 perkara itu.

Misalnya hal agama sudah ada enakmen dilulus dalam tahun 1973 menjadikan Islam agama rasmi(perkara 5A Perlembagaan Sabah) dan kesannnya persekutuan terpaksa memansuhkan perkara 161C dan 161D untuk menyeleraskan peruntukan perlembagaan persekutuan dengan perlembagaan negeri sabah.

Yang di atas kena fahami betul-betul dari segi undang-undang dan kena kaji semua enakmen-enaknen yang dilulus oleh DUN Sabah sejak parti perikatan memerintah tahun 1963 dan bercakap tanpa tahu hal berkenaan maka sama macam bercakap membabi buta.

Malaysia ditubuhkan kesan PERJANJIAN 63 itu sendiri dan jika hal ini diungkit, maka bukan caranya menguar-uarkan di media atau diadakan forum perlu rakyat tahu atau diadakan perbincangan sesama rakyat, tetapi cara yang betul bawa usul di parlimen dan bahas serta indos dan lulus.

Sebelumnya mesti juga DUN Sabah usul dan bincang serta indos saja dan jika benar serius 2/3 DUN Sabah lulus dan kemudian Parlimen sama setuju maka laksanakan saja perjanjian 63 itu.

Jika sebaliknya tidak bersetuju, maka perlembagaan Sabah dan Malaysia kena ubah seperti yang ada sekarang dengan persetujuan 2/3 Dun Sabah dan juga 2/3 Parlimen sebab yang hidup dan tentukan masa depan negara bangsa kita ialah yang ada sekarang ini bukan yang hidup tahun 1963 masa merdeka semata.

Jika ada apa-apa yang terjadipun atau ketidakpuasan tidak lagi merujuk kepada MA63 tetapi PBB lebih merujuk kepada keputusan akhirnya rakyat iaitu REFERENDUM memilih dua perkara saja sama ada YES or NO keluar Malaysia dan ini sama dengan tindakan Timur leste.

Soal apakah keluar malaysia itu tindakan baik atau sebaliknya itu bukan isunya di sini dan kita kena fikir semasak-masaknya sebelum bertindak.

Berhujah berdebat panjang lebar sampai bila juga tidak akan selesai sebab rata-rata mereka ini berhujah demi kepentingan politik masing=masing agar rakyat anggap mereka pejuang sejati tetapi hakikatnya hanya untuk kepentingan diri dan bukan hakikat sebenarnya.


No comments:

Post a Comment