BAHASA SEORANG PEMIMPIN HARUS BERSOPAN

BAHASA SEORANG PEMIMPIN
( itukah pemimpin islam hadhari/negara islam contoh?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Jumaat Ogos 26/2016

SEJAK kebelakangan ini di mana-mana ramai sangat orang gila. Bukan saja rakyat biasa malah yang melebih gilanya kalangan -pemimpin yang maha berkuasa.

Saya perhatikan kata-kata para pemimpin UMNO khususnya meski tidak semua sudah lari dari tatasusila beradab melayu yang konon baik budi pekerti.

Mereka itu siang malam menjunjung Islam agama dan islam terbaik, islam hadhari dan negara islam contoh, lalu apa saja yang bisa dijadikan contoh kalau dilihat telatah dan sikap pemimpin UMNO bermula dari kerusi Perdana Menteri  PM hingga ke kabinet persekutuan termasuk yang di negeri macam kehilangan akal.

Saya melihat bukan saja kata-kata mereka songsang malah perbuatan juga lebih teruk dan binasa yang menyebabkan negara kita terkenal sebagai kepala koruptor, penipu dan pembohong besar melesapkan dana negara bangsa.

Para pemimpin dan bawah yang peggang jawatan perkhidmatan awam juga menjadi lupa diri dan lupa tanggungjawab sehingga mungkar di depan mata mereka selamatkan dan usaha selindungi dan inikah namanya Islam Hadhari dan negara islam contoh dalam dunia?

Nazri seorang pemimpin dan berjawatan menteri dalam kabinet persekutuan dan kata-katanya langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai orang islam yang berwibawa dan kata-katanya tidak boleh dijadikan contoh malah mengajak Mahatir bertumbuk itu jelas sikap kebudak-budakan yang lansung tidak masuk akal.

Kalau benar dia menyatakan atau menyebut bangsa  Datuk Seri Shafie Apdal-DSSA maka itu jelas Nazri ini seorang yang tidak baik dan tidak layak duduki kerusi menteri dan lebih tidak masuk akan bila ia ajak orang tua bertumbuk dengan dia.

Memang dia itu senteng dan kata orang kesan termakan dedak yang menyebabkan dia demikian atau kesan anaknya punya banglow berjuta-juta siap dengan kereta mewah ke sana sini tunjuk kaya.

Kesian seorang Nazri ini ada otak dan Allah kasih akal tetapi itu akal dia simpan di otak kepala ototnya sendiri dan ini cukup memalukan dan memangpun Malaysia ini terlalu malu di mata dunia kesan penipuan yang melampau harta dana khazanah negara.

Rakyat boleh saja menilai perangai pemimpin-pemimpin yang dikasih amanah tetapi lupa tanggungjawab kepada rakyat dan segalanya kesani ekonomi negara semakin parah dan susah menderita.

Undilah BN lagi bala bakal datang