PAKATAN HARAPAN BEZA DENGAN BARISAN NASIONAL (BN)

( PH terbukti perintah baik laporan auditor negara)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 17/2016

PAKATAN HARAPAN (PH) belum pernah perintah Malaysia dan kerana itu tidak adil jika disamakan dengan BN yang sejak merdeka perintah Malaysia.

PH bukan parti Malaya sebalik PH parti Nasional yang bakal tanding 222 kerusi MP untuk membolehkan duduki Putrajaya kuasai WANG DISATUKAN, GST  pendidikan, JPN, Imigresen, tentera, polis dan sebagainya. Parti lokal tidak akan kuasai putrajaya/ini hakikat.

Di Malaysia ini setiap negeri ada dua kerajaan iaitu kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan.
Jika sekadar kuasai Negeri semata tanpa kuasai kerajaan Pusat/Persekutuan maka pentadbiran akan ada saja masalahnya.

Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor bawah kerajaan negeri sedang kerajaan persekutuan di bawah kerajaan BN dan di situ kita lihat kerajaan pusat kutip cukai GST, cukai kastam dan segala macam cukai dan cukai itu dimasukkan ke akaun WANG DISATUKAN PM/BN kuasa dan sudahnya kerajaan negeri terpaksa menyembah minta peruntukan setiap tahun.

Makanya melalui PRU setiap lima tahun parti PH harus menangi lebih 112 kerusi MP untuk jatuhkan kerajaan BN dan PRU lalu PR mendapat undi 52% tetapi PR hanya menangi 89 kerusi MP sedang BN menangi 133 kerusi MP makna PR tertinggal 33 kerusi kesan Sabah dan Sarawak bantu menangi 44 kerusi MP. Ini Fakta yang semua politikus tahu elak merapu royan tanpa fakta.

Di peringkat nasional hanya ada dua parti sahaja yang boleh tumbangkan BN iaitu PH (sekadar sebutan ROS tidak izin daftar PR), makanya di setiap PRU parti lokal terutama di Sarawak dan Sabah kena kerjasama dengan PH kalau mahu sama tumbangkan BN sebab tumbangkan BN di negeri tidak membawa makna sebab PBS juga pernah menang tahun 1985 tetapi tidak kuasai kerajaan persekutuan jelas mereka juga susah.

Di peringkat nasional meski PAS kelihatannya siap berkawin dengan UMNO meski diuar-uarkan tidak tetapi secara jelas kita sudah lihat keadaan itu dan kelihatannya parti Muhyiddin  dan Mukriz telah menampakkan usaha yang bagus untuk berkerjasama dengan PH dan ini cukup menakutkan BN terutama UMNO.
Lalu bagaimana di Sabah pula?

Sarawak kita bincang kemudian sebab Sarawak meski di sana dikuasai oleh BN parti lokal dan mereka bila-bila saja boleh meninggalkan BN jika keinginan mereka tidak ditunai, kerana itu PH kena perlihatkan kekuatan di PRU mendatang.

Di Sabah ada 11 parti baru dan yang lama memang 10 buah dan semuanya menjadi 21 parti, sementara USNO kita perhatikan masih bermasalah kesan kedudukannya ada dua presiden dan lagi pula USNO BARU ini dengarnya didaftar ada syarat-syarat tertentu yang disyaratkan oleh Kementerian dalam negeri dan apa syaratnya itu tidak perlu saya jelaskan dan kita tunggu masanya nanti.

Di Sabah pula kita nampak ada beberapa buah parti lokal yang berpotensi dan jelas antaranya STAR dan PCS sedang yang lain tidak saya nampak kekuatannya sebab ada antaranya hanya wujud tanpa adanya office, tanpa adanya gerakan dan apakah mereka hanya menunggu PRU14 akan datang untuk maksud berKUCAMBAI dan mengatakan mereka kuat di akar umbi dan di situ kita lihat ada yang akan menjual dan membeli. Kita lihat nanti.

Kekuatan STAR memang kita akui dan mereka boleh saja menjadi pemecah undi dan terbukti di PRU13  lalu kesan kehadiran calon mereka di MP Keningau dan Kota Marudu menyebabkan PKR kalah tipis dan BN menang tipis, padahal kalau STAR dan PKR bersatu maka Pairin dan Dr. Mix kepunan jadi MP kedua parlimen berkenaan dan sila rujuk keputusan kedua parlimen di PRU-13 lalu.

Kekuatan PCS bawah pimpinan YB Wilfred saya lihat satu sinar yang cukup meyakinkan dan kekuatan itu dapat saingi STAR sebab saya lihat ada ahli STAR menyeberang ke PCS dan keduanya ini sama di bawah USA dan itu rasanya tidak menjadi masalah.

Kekuatan SAPP meski bawah USA itu tidak dikhuatirkan sangat sebab SAPP pimpinan Yong Teck Lee hanya fokas kawasan Cina/bandar sedang kawasan Cina itu dikuasai oleh DAP sepenuhnya dan di situ rasanya SAPP agak kurang pengaruhnya dan terbukti dimusim lalu SAPP tidak mendapat 1 kerusipun malah rata-rata kehilangan deposit di PRU13 lalu.

STAR pula kesan ada PCS sabah saya lihat pengaruh semakin berkurang dan last PRU13 STAR hanya mendapat 1 kerusi DUN/Bingkor sahaja sedang yang lain gagal termasuk calon DUN Membakut hanya meraih undi 100 lebih sahaja.

Jadi kita lihat parti lokal ini hanya boleh sedikit kuat bila ada kerjasama sesama mereka di kawasan KDM kesan ada PBS, UPKO dan PBRS yang mewakili BN. KDM pecah seribu untuk jadi juara seperti tahun 1985 memang tidak akan dan di situlah kebijaksanaan BN guna sistem pecah dan perintah hingga KDM lumpuh kuasai politik Sabah.

Di Sabah seperti yang saya katakan tadinya ada 11 parti baru dan hanya 2-3 parti sahaja yang cukup memperlihatkan kegiatannya terutama PCS yang terus bergerak di kawasan-kawasan majoriti KDM, sementara 10 parti yang sedia ada termasuk BN dan PH terus bergiat secara biasa dan siap menunggu election/PRU14 nanti.

Bila membicarakan keadaan di atas dan 11 parti mahu perlihatkan kehebatan masing-masing, maka yang jelas di PRU yang akan datang semua akan gigi jari sebab BN juga akan memerintah.

Cara terbaik dan amat ditakuti oleh BN ialah yang lokal ini bersatu dan melawan BN satu sama satu dan inilah yang BN takut dan kesannya mereka gunakan strategi luluskan banyak parti untuk tujuan pecah dan perintah.

Cara terbaik kita lihat sekarang ini ada penyatuan yang begitu ketara antara  Shafie DSSA yang sekarang bergerak dan ribuan memberikan sambutan dan penyatuan DSSA bersama DSP Lajim dan Dtk Wilfred dan nantinya DAP akan dapat meruntuhkan BN di Sabah.

Ada yang memperkatakan konon ada parti-parti lokal menjadi agen BN dan tujuan mereka mahu memecahkan undi pembangkang, sementara ketua parti dapat upah puluhan juta di PRU lalu dan ini tidak dapat saya sebutkan tanpa bukti tetapi kesan perpecahan undi di PRU13 kita sudah mengerti maksudnya ini.

Kelihatannya PCS merupakan satu pilihan terbaik buat ketika ini di musim PRU14 akan datang dan penyatuan Shafie  DSSA/DSPLajim /Wilfred dan DAP merupakan penyatuan yang dapat meruntuhkan kekuatan UMNO/BN di Sabah nantinya.

Barangkali seperti yang kita tahu slogan parti lokal cukup kuat dan kebencian terhadap BN itu menyebabkan PH terkait hingga dikatakan parti Malaya meski sebenarnya PH/BN itu hanyalah parti nasional yang bakal tanding 222 kerusi MP demi duduki putrajaya.

Cara terbaik parti  Shafie DSSA nanti akan siap berkerjasama dengan DSP Lajim /DAP dan Wilfred dan bolehlah didaftar satu parti tempatan yang mungkin boleh saja dinamakan SABAH BARU dan dimusim PRU14 mereka menyatu lawan BN guna satu lambang sahaja iaitu SABAH BARU.
Sabah baru akan tanding 73 kerusi DUN dan semua 25 kerusi MP lawan BN di Sabah dan bila menang nanti mereka akan menyatu dengan PH di Semanjung yang berkerjasama dengan parti TS Muhyiddin  dan Mukriz.

Kekuatan dan kemenangan PH bersama parti TS Muyhiddin/Mukriz bakal menyatu dengan parti SABAH BARU( Shafie- Lajim/DAP dan Wilfred) dan ini dapat melahirkan satu kerajaan baru yang lebih telus jujur atas nama MALAYSIA BARU sebagai ganti kerajaan BN yang berkuasa sejak merdeka.

Dengan cara ini saja nanti baik Sabah dan Sarawak akan dapat semula kembali kepada perjanjian MA63.

Insya Allah kita berusaha dan berdoa segala impian dan keinginan ini Allah tunaikan demi anak bangsa cucu cicit kita.

SABAH UBAH 
REFORMASI
Sabah untuk Sabahan