MALAIKAT ENGGAN DEKAT


( jika kita marah-marah)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Jumaat Ogos 19/2016

KATA ustaz dan buku-buku yang saya baca ketika kita marah-marah dan berwajah garang bengis, malaikat selalunya menjauh.
Malah malaikat tidak mahu dekat dan ini benar sebab Nabi sendiri ketika sahabatnya membalasa makian, nabi sendiri segera lari alasannya malaikat menjauh dan syaitan datang berbondong.

Demikian juga sama ada suami atau isteri melayan pasangan tidak baik dan kasar maka rumah tangga itu susah mahu aman dan di sekitarnya dipenuhi oleh syaitan dan kesannya selalu saja dalam keadaan tidak menentu tak akan aman alias ada saja yang tidak ngam.

Syaitan cukup takut bila dalam rumah itu ada yang solat lima waktu dan paling syaitan takut bila suami imamkan isteri dan anak-anak solat tiap waktu di rumah dan ketika itu jelas rumah jadi sejuk, tenang, happy dan malaikat selalu ada di sekitar malah melindungi dan ketika itu meski makan nasi hanya berikan sardin atau telor pasti makan serasa macam di hotel lima bintang.

Begitulah senjata ampuh untuk melawan kejahatan yang bakal mengganggu dan memang benar apa yang diperkatakan oleh ustaz dan buku2 yang saya baca selama ini. Cuba amalkan akan tahu nikmatnya.

Paling seronok kata ustaz dan buku-buku yang saya baca, bila suami imamkan solat dan sesudah solat dan sesudah doa, kita tangkap tangan suami dan cium dan di situ terasakan kedamaian yang sama sekali melapangkan dada kita dan sesudah itu siap makan bersama di meja sambil menonton TV dan melihat program atau sesekali picit-picit handphone meski ketawa sendiri dan pastikan jam 11malam dijadualkan tidur awal. Insya Allah aman bahagia.

Malaikat siap di sekitar menjaga kita tidur dan pastikan sebelum tidur kita baca ayat kursi atau al fatihah dan itu sesuatu yang harus dijadikan budaya sebelum tidur. Nasihati suami atau isteri.

Usahalah lakukan apa yang saya katakan ini kesan bacaan dan ceramah ustaz yang saya amati dan ianya akan menjadi bukti nyata aman bahagia dunia jadi syurga.

NOTE: sila sharekan nota ini sama suami/isteri dan kawan-kawan  serta moga kita sama dapat pahala Allah berkati hidup kita semua dan syurga akhirnya nanti. Terima kasih.