MERDEKA O MERDEKA SABAH PALING TERMISKIN DALAM MALAYSIA

MERDEKA O MERDEKA
( Sabah maju 90% kata Musa Aman)

OLEH: NURLUYANA ABDULLAH  (Selasa Ogos 30/2016)\



HARI ini 30 hb Ogos dan makna espk tanggal 31-08-2016  tarikh Sabah merdeka.

Saya kurang pasti siapa yang umum Sabah merdeka dan di mana lokasinya serta jam berapa diumum merdeka itu.

Ya, berdasar gambar kita merdeka 31 ogos tetapi tidak pula ada gambar siapa yang umum merdeka dan kalau di padang merdeka memang tiada, lalu di mana lokasi merdeka itu?

Yang saya tahu baca sejarah hanyalah 28 Ogos, 1963, gobenor Sabah menggantikan MEMBER SYSTEM kepada MINISTERIAL SYSTEM dan sistem itu berkuatkuasa mulai 31 Ogos, 1963.

Menurut peraturan itu Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri dan 6 orang menteri dan setelah merdeka nasihat mereka hendaklah diterima oleh gabenor Sabah dan disebut hari merdeka itu diundurkan dua minggu sesudah itu. Nampak?

Untuk makluman tokoh-tokoh yang dilantik ketika itu ialah Donald Stephen sebagai ketua menteri, Khoo Siak Chiew, Pang Tet Tshung, GS Sundang,Harris Salleh, Said Keruak, Richard Yapp dan Tun Mustapha duduki kerusi Yang DiPertua Negara.

Kenapa kemerdekaan 31 itu samar sebab kesan pemberontakan Berunei berlaku di Kuala belait pada 8 Disember, 1962 diketuai oleh AM Azahari/ketua parti Rakyat Berunai. dan kemudian pemberontakan oleh Indonesia dengan slogan Ganyang Malaysia dan seterus tentangan Manila.

15hb September, 1963 Gabenor Sir William Goode telah menaiki kapal perang HMS Lion dan sesudah itu barulah Sabah menjadi sebuah negara yang merdeka.

16 September itulah sebenarnya berlakunya adat istiadat yang telah dilakukan di Padang Bandar Kota Kinabalu di mana perisytiharan penubuhan negara Malaysia dan dibacakan di khalayak ramai. Yang dipertua Negara dan ketua Menteri Sabah yang baru menjalankan istiadat bersumpah peggang jawatan masing-masing

Perhimpunan DUN mengandungi ahli-ahlinya seorang speaker dan 32 ahli yang dipilih serta tidak lebih 6 ahli yang dilantik dan perhimpunan itulah yang mencipta undang-undang  diluluskan oleh Ketua negara Sabah.  Benarkah merdeka 31 Ogos?

Sama ada benar atau tidak, maka itu bukan isunya tetapi apakah kita ini benar-benar  sudah merdeka atau masih belum merdeka kesan dikuasai oleh orang lain dan Sabah macam sama seperti di zaman Inggeris atau Jepun?

Apakah kekayaan yang Allah kasih sejak nenek moyang kita benar-benar kita miliki atau cucu cicit Antanom itu merempat hidup dan masih hidup susah di kampung tidak punya paip air dan tenaga letrik masih lemah?

Lalu bagaimana suku kaum Rungus, Kedayan, Brunei, Bajau, Irranun dan bangsa-bangsa lain dan apakah memang di jalan2 di Paitan, Ulu Sook, atau Tomani Tenom atau Kinabantangan sudah ada jalan berkembar seperti di Semananjung Malaysia?

Apakah Sabah ini masih termiskin seperti dikatakan oleh bank dunia atau ada yang masih ke hutan menembak babi hutan, rusa atau kijang dan sebagainya? Hati2 tertembak kepala menteri yang mencuri balak di Sook.

Rasanya ketika mengucapkan perkataan kemerdekaan itu jangan lupa lihat kampung sendiri dan berapa orang anak bangsa kita menganggur dan berapa orang yang lulus universiti tidak punya pekerjaan dan kemudian lihat apa saja pembangunan di kampung masing2.

Dan tanya juga apakah memang harga getah meloncat tinggi harga atau bagaimana harga kelapa sawit kita yang ada sekarang dan apakah GST itu telah menurunkan harga barang katanya Ahmad Mazlan?

Bila bercakap soal gaji, maka di hotel2 di Sabah gaji permulaan biasa RM950 dan tolak EPF dapatlah sekitar RM750, lalu bagaimana mahu berbelanja beli beras, tambang bas, pakaian dan sewa kamar? Musa tentunya tahu.


Musa Aman tidak merasakan keadaan ini barangkali dan aneh kalau di Kuala lumpur yang mula kerja bidang berhotelan ada yang RM1,800 sebulan dan Sabah seperti yang dikatakan dan memang adillah kelihatannya.

Lalu, inikah yang namanya merdeka? Saya cukup malu ke luar dan berada di padang merdeka sambil mengucapkan kata sama merdeka dan ketika itu kita lihatlah para pemimpin kita tidak menyentuhkan hal merdeka dan nama Tun Mustapha, Donald Stephen sudah berulang kali merdeka tidak disebut.

Yang saya dengar hanyalah BN/Najib kutuk pembangkang di hari merdeka dan seolah mereka itu malaikat yang cukup baik kepada rakyat dan katanya terpikat dengan gunung kinabalu serta merasa megah hanyalah permainan kata-kata yang indah untuk membuli Sabahan.