HAKIKAT TAK SALAH TAPI MORALNYA?


( Lantikan dalam kerajaan dan pembangkang beza kepentingan)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Jumaat Ogos 19/2016

POLITIK di Malaysia ini melantik anak/suku sakat terdekat ke jawatan politik dan apa saja itu bukan perkara baru tetapi itu semacam budaya yang sukar disingkir sebab selagi ada kesempatan dan peluang, maka sesiapa saja akan terus merebut kesempatan itu dan ini lumrah di Malaysia.

Memang saya akui kebebasan seseorang itu meski anak-anak beranak, adik beradik tidak boleh diganggu dan semua orang berhak menentukan masa depannya sendiri dan jika ada sekatan itu sama sekali tidak boleh.

Dalam melantik anak atau suku sakat terutama dalam dunia politik ada dua hal yang harus kita perhatikan dan bincangkan pertama yang dalam kerajaan dan kedua yang di luar kerajaan atau disebut pembangkang.

Dalam pembangkang sebenarnya meski melantik anak sendiri jelas tidak ada kesempatan, apa lagi kalau bertanding election itu makna RAKYAT YANG MENENTUKAN dan itu tidak salah sebab pembangkang bukan yang berkuasa dan tidak ada kuasa terhadap WANG DISATUKAN dan tidak ada kuasa untuk duduki kerusi menteri atau tidak menjaga projek2 mega berjuta bilion.

Dalam pembangkang jika ada lantikan hanya bertugas demi rakyat, suarakan kepentingan rakyat dan tidak ada untung dan tidak ada didapatkan projek mega dan tidak ada jawatan dalam kerajaan sebalik banyak wang dan masa digunakan untuk bertugas demi rakyat.

Sebalik jika dalam kerajaan kesempatan itu luas sangat dan sang ayah boleh kasih projek berjuta kepada anak sendiri atau melalui kroni dan kemudian bagi secara komisen atau seperti kes RIZA/anak tiri misalnya dan boleh juga dilantik menduduki kerusi ahli lembaga pengarah atau menjadi pengerusi sesuatu agensi kerajaan dan kemudian secara diam mendapat projek mega berjuta meski tidak duduki kerusi terpenting dalam kerajaan.

Nah, itu bezanya!
Pada hakikatnya memang tidak salah kesan kebebasan diri melakukan apa saja atau menduduki kerusi apa saja tetapi dari segi moralnya itu tidak baik dan boleh saja cara itu salah dari segi moral kesan menggunakan kuasa untuk membolehkan anak/suku sakat mendapat kepentingan dalam kerajaan yang rakyat amanahkan.

Keadaan ini terjadi dalam YAPEIM yang ketua wanita UMNO Kelantan yang suku sakat/anak sdra terdekat mendapat jawatan dalam YAPEIM yang merupakan agensi bebas kesan derma orang ramai khas membangun ekonomi anak yatim dan orang susah dan di situ jelas gaji mereka juta dan akhirnya sesudah dihebohkan semua meletakkan jawatan tetapi sudah NGAP dana anak Yatim derma orang ramai. Patutkah!

Demikianlah hakikat yang harus kita ketahui dan seperti yang saya katakan itu tidaklah menjadi kesalahan kesan kebebasan, tetapi dari segi moralnya itulah ada yang tidak benar.

Kita berfikir secara terbuka tanpa menyalahkan sesiapa dan ini boleh kita bincangkan sama.