MARI KITA LIHAT UMNO-BN MAIN WAYANG


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday August 30/2016
 
SEKALI lagi kita lihat wayang. Wayangnya cukup menarik. Sang adik permain wayang bijak beraksi di pentas rakyat dan rakyat tertipu dan memangpun biasa kena tipu.

Kita tahu memang ada orang sabah duduk di kabinet sudah suarakan baik di persekutuan atau negeri tetapi tidak dipeduli. Kabinet memang ruang sang menteri bersuara termasuk kabinet ambok-ambok di hutan.

Sistem kabinet tak boleh bicara di luar kabinet dan itu kesani dipecat gantung sebab sang ketua kabinet memang berperangai begitu dan kesannya juga yang lain takut menikus tak mahu kehilangan jawatan lokasi mereka kumpul harta.

Lalu adalah yang suarakan di Parlimen sebab pemerintah hakikatnya tidak boleh bentang/usul tanpa kelulusan kabinet dan ini kita fahami dasarnya kabinet.

Lalu adalah pembangkang suarakan di kabinet persekutuan dan juga negeri, lalu speaker menolak sementara yang di sabah dijawab oleh Musa dengan kata "...APA MAHU DIREVIEW2?" itu katanya.

Bila kesedaran rakyat bermula kesan Sarawak menyuarakan dan memanaskan maka di Sabah diadakanlah forum dan di situ adiknya sekongkol dengan pembangkang dan hebohlah mereka hal perkara 20 dan MA63 sama macam di Sarawak.

Bedanya di Sabah tidak disuarakan di DUN dan disuarakan di Parlimen pula tidak dibenarkan dan kita lihat di sini ada semacam wayang untuk enak ditonton oleh rakyat jelata.

Sesudah itu datanglah insan yang namanya MO1 dan begitu hebat berkata di Sabah konon bersetuju jawatan PENGARAH PETRONAS untuk Sabahan.

Memang cantik wayang ini dan sekali lagi rasanya Sabahan kena gula2 dan kemudian seorang Musa tampil dengan dengan skrip baru memuji dan mengatakan " BEGINILAH CARANYA YAB PM MENDENGARKAN MASALAH DAN KEPERLUAN KITA LALU MENUNAIKAN JANJI BELIAU-Musa Aman"

Memang cantik tersusun indah strateginya mereka untuk kaburi mata rakyat dan inilah yang namakan gula-gula manis dari seberang. Rakyat faham maksud saya ini?

Kita hakikatnya bukan mahu jawatan Pengarah itu, sebalik PETRONAS harus STOP kegiatannnya di Sabah dan hasil minyak biar Sabahan yang tubuh syarikat sendiri bukan PETRONAS/Orang seberang yang kuasai 95%.

Sabahan mahu kuasa penuh dan biar Sabahan tentukan berapa persen untuk petronas dan bukan Malaya yang tentukan.

Musa harus sedar yang Sabah memang wilayah termiskin sekali dan pendidikan asas paling tersorot sekali dan ikut kebajikan E Kasih Sabah merupakan yang paling ramai mohon bantuan miskin tegar. Kenapa ini tidak diperkatakan?

Kita akui Sabah ada pembangunan dan kita lihat bandar membangun sedikit dan itu sesuailah dengan peranan kerajaan tetapi apakan pembangunan itu milik rakyat dan siapa saja yang memiliki bangunan2 yang dibina itu? Ada orang Dusun, Murut, Rungus, Brunei, Orang Sungai memilikinya?

Bermula dari Ranau, menuju Telupid, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan, Sipitang dan Beaufort, sila saja teliti siapa saja yang memilik syarikat kelapa sawit yang beribu ekar itu?

Dari segi pembangunan lain untuk rakyat Sabah, apa saja yang Musa lakukan demi memperbaiki ekonomi negara bangsa di Sabah? berapa ribu tiap tahun lulusan universiti? dan berapa ramai lulusan itu hijrah berkerja di Malaya, Singapura dan di sana sini?

Musa Kata ia telah jayakan sekitar 90% pembangunan di Sabah. pembangunan apa yang ia lakukan? Kenapa Sabahan masih penerima anugerah termiskin sedang Sabah punya hasil bumi yang bukan sedikit?

Balak-balak di hutan simpan dan sekarang ini ada 11,000 hektar diberikan kepada seorang Majid atas nama konon orang jawa dan lori-lori balak itu berkeluaran kala malam, demikian juga balak2 di Trusmadi sebanyak 41,000 ekar bawah daerah Ranau bakal dikeluarkan geran CT dan sehingga sekarang itu masih terus diusahakan pengeluaran balak dan nampak Sabahan akan papa kedana.

Sabahan kena bangun dan kena sedarkan. MO1 merompak cara lain dan mereka yang berkuasa di Sabah juga merompak cara lain dan mereka ini semuanya memang BUAYA segala buaya dan menteri-menteri  kabinet pula terus kejar projek untuk isi kantung anak bini mereka sendiri sedang Sabahan hanya duduk di muka pintu melihat lori-lori balak dan sawit membawa khazanah Sabahan dan ini kesani Sabahan terus miskin sedang pemimpin UMNO kaya raya, yang PBS, UPKO, PBRS hanya menumpang sedikit dan kalangan KDM menjadi kelas kedua tidak dipandang langsung. Kesian kamu KDM kena permainkan.

Kita ini memang kena kasih "BUDU-BUDU" dan apakah kita akan terus bodoh? Apa lagi, slogan Sabah Berubah mesti kita perjuangkan sama dan rakyat Sabah kena bersatu berikan sokongan yang ikhlas dan kena hati ada parti yang menjadi agen BN dan itu kita kena hati-hati.

Wayang inilah yang sekarang bermain di halaman rumah kita dan kita kena bijak mentafsir dan menelaah sang actor-aktor yang memainkan peranan membuta tulikan rakyat dengan janji2 manis sedang seusai election mereka berpesta ketawa terbahak-bahak dapat kuasa dari rakyat dan siap terus merampok harta Sabahan kesani kita putih mata semuanya.

Sabah Berubah!
\\