JANGAN TAFSIRKAN SABAH FOR SABAHAN DALAM ERTI PANDANGAN YANG SEMPIT


OLEH: E SORAYA EGG
Jumaat Ogos 26/2016

1.NAMPAKNYA sambutan terhadap tuntutan hak Sabah dan Borneosasi semakin meluas tidak hanya terikat pada Ngo dan pembangkang tetapi telah menular kepada parti kompenan BN dan individu dalam UMNO itu sendiri.

2.Sabah for Sabahan dulu hanya synonim dengan pemimpin  Kadazan-Dusun-Murut-KDM sehingga membawa DDJK ke Kemunting,perjuangan yang berterusan ini telah membawa kesedaran pada rakyat Sabah dan bangkit tidak hanya di kalangan KDM tetapi bumiputra Islam turut sedar betapa pentingnya perkara ini.

3.Semenjak Datuk Seri Shafie Apdal - DSSA keluar UMNO slogan Sabah for Sabahan menjadi asas perjuangannya dan mendapat sambutan di kalangan bumiputra Islam Sabah.

4.Konsep Sabah for Sabahan yang akan diperkenalkan oleh DSSA bukan menjarakkan hubungan Barat dan Timur Malaysia tetapi cuba merapatkan jurang perbezaan yang ketara empat perkara pokok: keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa.

5.Adakah ini merupakan kesalahan besar kita hanya menuntut hak kita untuk dirapatkan jurangnya.

Asas tuntutan kita berdasarkan MA63 walaupun bukan merupakan satu undang undang tetapi sudah menjadi kontrak sosial tanggungjawab persekutuan untuk memenuhinya.

6.Ada dakwaan Shafie  tidak memperjuangkan konsep ini semasa menganggotai kerajaan, itu tidak benar tetapi dengan pendekatan yang lain sesuai dengan suasana sebagai ahli kabinet akur dengan konsesus bersama walaupun akhirnya mengambil jalan komplik.

7.Sebagai bukti sepanjang enam tahun semasa menerajui  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah- KKLW cuba merapatkan jurang kemajuan di barat dan timur Malaysia dengan peruntukan infrastruktur dan utiliti untuk Sabah bernilai RM8.6billion. Jarang sekali pemimpin dari Sabah dapat membawa peruntukan dari persekutuan dalam waktu singkat sejumlah itu.

8.Mungkin ramai yang tak sedar ramai pelajar bumiputra Sabah dapat melanjutkan pendidikan dalam dan luar negeri melalui skim skim yang disediakan oleh MARA bantuan pendidikan dan biasiswa dan sebagainya walaupun tiada statistik secara terperinci.

9.DSSA mengambil pendekatan memperjuangkan hak Sabah yang belum selesai semasa dalam kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan perjuangan demi agama,bangsa dan negara.

10.Kita balik ke pangkal jalan sebagai negeri yang dilindungi dibawa perlembagaan Malaysia dan akta akta yang tidak sesuai perlu dikaji semula supaya Sabah sebuah negeri bebas dari penjajahan politik luar(UMNO) dan menghulurkan kerjasama dengan mana mana parti politik dapat membantu Sabah mengembalikan haknya yang selama ini ditidakkan oleh kerajaan semasa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN KETEMU DI KOTA MARUDU PADA 31.8.2016.