PELAKON ANAK MAMI /PELAWAK .....PIE MENINGGAL DUNIA MALAM TADI SAKIT TUA




OLEH: WAN ZALEHA ABDUL HAMID

www///sabahinsider14.blogspot.com
Friday August 12/2016






GEORGETOWN: (Jumaat)  Pelawak dan pelakon veteran, Shafiee Jaafar, 86, atau lebih dikenali dengan nama Pie, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam tadi. 

Anaknya, Subariah, berkata ayahnya meninggal dunia di 
rumahnya di Teluk Bahang, Balik Pulau, akibat sakit tua. "Jenazah bapa akan dibawa ke 

Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

 Kerjaya seni Pie bermula apabila beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, sebelum mengorak langkah dalam seni boria sekitar tahun 70-an. 

Beliau yang sinonim dengan siri filem Anak Mami dinobatkan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2015 bagi menghargai jasanya.



No comments:

Post a Comment