SOAL PATI DI SABAH ALASAN RAHMAN TAK MASUK AKAL


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Tuesday August 23/2016

ALASAN Rahman Dahlan konon PATI ramai kesan orang lokal kawini mereka dan ini sama sekali tidak masuk akal.

Jika kawinpun jumlahnya tidaklah ramai sangat dan yang kawini itu siapa? misalnya di Sembulan dan cuba kaji apakah orang pembangkang atau pemerintah yang ada jawatan?

Soal kawin ini saya tak salahkan sebab itu soal jodoh Allah restu tetapi itu bukan ISUnya.

Isunya mereka datang ramai-ramai seperti ada pintu terbuka luas dan kemudian bebas masuk keluar dan masuk lagi seperti negara sendiri.
Ramai yang mendapat IC secara sah tetapi dokomen palsu dan dikatakan lahir di Kota Marudu, Tenom sedang mereka itu sudah berusia sekitar 40-50 tahun dan ada yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Laporan kajian RCI didiamkan dan tidak ada tindakan diambil dan itu saya katakan alasan Rahman yang menjelaskan kesan kawin merupakan ramai PTI itu jelas penjelasan yang auta tak masuk akal langsung.

Begitukan alasan seorang menteri? Tidakkah Rahman Dahlan nampak di pasar Filifina itu dikuasai oleh siapa? Tidakkah Rahman tahu pasar ikan di Kota Kinabalu siapa yang paling berkuasa dan pondok2 jualan dan kedai2 runcit Likas dan di pekan Inanam itu siapa?

Tidakkah Rahman lihat di kg Kemajuan Likas, Telipok ria, Kinarut dan sembulan di pinggir sungai?

Teliti lagi di tanah-tanah  kosong di sekitar Kota Kinabalu yang di dalamnya muncul rumah-rumah  setingan yang pihak berkuasa
semacam membiarkan saja mereka sesuka hatinya membina dan mendirikan rumah/air curi dan letrik curi.

Barangkali Rahman ini buta mata atau siap memekakkan telinga atau membutakan matanya untuk mengelak melihat kenyataan yang ada/kalaupun tidak termakan dedak.

Sia2 kamu seorang Rahman duduki kerusi menteri bergaji beribu-ribu tetapi kesan mendapat jawatan kebobrokan di depan mata didiamkan malah dicari alasan yang tidak masuk akal seperti orang tak siuman dan ini cukup mengecewakan rakyat Sabah.

NOTA : Gambar ibu di pondok itu orang lokal yang terbiar ada anak dua suami tak punya dan membesarkan dua anak. Kebajikan dan wang zakat/Yapeim ke mana? takkan ketua wanita Kelantan lantik keluarga sendiri duduki jawatan bergaji dekat juta semuanya? itu dana Yapeim kesan derma orang ramai, syarikat besar di Malaysia tetapi dikerjakan dan kesannya mereka letak jawatan setelah ketahuan.