BERSAING MENJADI JUARA RAKYAT SABAH FOR SABAHAN


OLEH: E. SORAYA EGG
Wednesday August 24/2016

1.PERJUANGAN non partisan dan NGO Sabah berhubung hak dan Sabah for Sabahan sudah menampakan kesannya dapat diterima oleh sesiapa yang merasa rugi dalam gagasan Malaysia.

2.Pejuang pejuang hak Sabah tidak lagi terbatas hanya pada NGO tetapi komponen BN dan kumpulan atau individu sudah mulai mempromosi MA63 diceruk daerah hinggalah ke pendalaman.

3.Adakah mereka sudah sedar perjuangan mereka selama ini salah hanya menodai hak rakyat demi poket mereka atau merasa pengaruh mereka kian terhakis.

4.Rakyat kena awasi gerakan ini kerana mereka adalah agen BN untuk menyambung talian hayat kerajaan yang terdesak akibat pemimpin mereka tamak dan tidak jujur pada rakyat.

5.Rakyat Sabah kena tolak UMNO adalah merupakan halangan besar untuk merealisasi impian rakyat Sabah dan selagi parti Melayu ini bertapak di Sabah adalah amat sukar mencapai objektif negeri menjadi sebuah negeri beroutonomi penuh.

6.Atas alasan pemimpin pemimpin Sabah yang boleh berkerjasama dengan UMNO saja akan dipilih menjadi pemimpin untuk menguatkan cengkaman di Sabah supaya tidak kehilangan sumber dari negeri kaya dan makmur dengan hasil bumi anugerah Allah.

7.Mereka ini adalah golongan hikpokrit perlu dihapuskan dalam kamus politik Sabah penyebab utama kerugian dan negeri termiskin dalam Malaysia.

8.Membuktikan pemimpin yang ada sekarang ini tidak mampu memperjuangkan hak Sabah terbengkalai sejak 1963 lagi kerana apa mereka buat selama ini.

9.Kecenderungan rakyat Malaysia menukar kerajaan ketahap kemuncak tanpa berfikir panjang rakyat kena sokong untuk perubahan ini dan percayalah penghijrahan ke satu situasi akan membuka harapan Baru......